Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Luar Biasa! Bugatti Type 59 (1934) Ini Bernilai RM54 Juta

Erywan
02/09/2020 07:40 MYT
Dibalik badan model Bugatti Type 59 (1934) terselindung kesan luka dan torehan dari perlumbaan dan kini karya agung dalam sejarah Bugatti itu bernilai $13,194,750 (RM54,962,731).


Apa yang menjadikan model itu istimewa?. Ini kerana Type 59 dijana oleh enjin No.5 yang menjadi sebahagian daripada hasil kerja pasukan Grand Prix Bugatti pada musim 1934 hingga 1935.


Jentera itu dipandu oleh René Dreyfus dan mendapat tempat ketiga pada GP Monaco serta GP Belgian di Spa. Apabila pengeluar kereta Perancis itu keluar dari perlumbaan Grand Prix, syarikat terbabit mengubah model Type 59 menjadi kereta perlumbaan sport dan menanggalkan supercas di samping memasang kotak gear kering, mengemaskini casis, kerja badan serta memberikan identiti baharu menjadi casis 57248.


Dipandu oleh Jean-Pierre Wimille, Type 59 Sport mendominasi perlumbaan musim 1937. Tahun berikutnya, kereta itu bersara dari perlumbaan dan dibeli oleh King Leopold III Belgium. Sejak itu kereta berkenaan dimiliki oleh empat individu dan dijual dalam keadaan asli, sekali gus menambah nilai dan keinginannya.


Di bawah kerja badan minimum itu terletaknya enjin 3.25-liter 8-silinder sebaris dengan karburetor Zenith berkembar. Ketika menyertai perlumbaan GP model itu dilengkapi supercas dengan kuasa 250hp pada 5,000rpm yang agak impresif pada era itu.


Bugatti klasik itu juga dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan manual, brek dram mekanikal pada keempat-empat tayar, gandar depan solid dengan daun spring semi-elliptical dan penyerap hentak De Ram.

#Bugatti
;