Tempatan

Pecutan BMW M5 CS Ini Seakan Supercar, 3 Saat 0-100km/j

gempak
Erywan
11/02/2021
05:22 MYT
Sponsor Banner
Pecutan BMW M5 CS Ini Seakan Supercar, 3 Saat 0-100km/j
Sedan yang anda lihat ini bukanlah BMW M5 biasa, sebaliknya ia merupakan kereta produksi BMW M yang paling pantas dan berkuasa iaitu M5 CS. Model ini akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad namun jumlah sebenar yang akan dihasilkan tidak dinyatakan.
Dari segi penggayaan, M5 CS boleh dibezakan dengan M5 dan M5 Competition menerusi aksen gangsa emas pada bahagian jeriji, bilah sisi dan rim, di samping lencana ‘M5 CS’ pada jeriji dan penutup but. Satu lagi ciri yang menonjol adalah lampu nyalaan siang berwarna kuning yang merupakan signatur jentera lumba GT jenama itu.
Hanya tiga warna ditawarkan untuk model ini iaitu Brands Hatch Grey metalik, Frozen Brands Hatch Grey metalik dan Frozen Deep Green metalic. Rim M Y-Spoke yang digunakan adalah berukuran 20 inci dan ia dibalut dengan tayar Pirelli P Zero Corsa bersaiz 275/35 di hadapan dan 285/35 di belakang.
Ruang dalaman pula menampilkan kerusi M Carbon yang dibalut kulit Merino dan dihiasi dengan jahitan kontras Mugello Red dan logo litar Nurburgring pada perehat kepala. Apa yang menarik, kerusi terbabit juga digunakan pada bahagian belakang. Ciri-ciri lain yang turut disertakan termasuk balutan Alcantara pada pelapik bumbung dan stereng, serta ‘paddle shifter’ yang diperbuat daripada gentian karbon.
Di bawah hud, enjin 4.4-liter twin-turbo V8 dikekalkan namun unit berkod S63 itu sudah dinaik taraf bagi menghasilkan 635PS dan 750Nm, menunjukkan peningkatan sebanyak 10PS berbanding M5 Competition. Dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda M xDrive yang sama, M5 CS mampu melakukan pecutan 0-100km/j dalam tiga saat, iaitu 0.3 saat lebih pantas daripada versi Competition. Oleh kerana ia dihadkan secara elektronik, kelajuan maksimum kekal pada 305km/j.
Satu lagi aspek yang turut disentuh oleh BMW adalah berat. Menurut syarikat itu, mereka berjaya membuang sekurang-kurangnya 70kg berat berlebihan dengan menggunakan gentian karbon pada bonet, ‘splitter’ hadapan, perumah cermin sisi, spoiler dan ‘diffuser’. Digabungkan dengan peredam yang ditala semula, ia menjanjikan pengendalian yang lebih responsif. M5 CS akan memasuki pasaran bermula tahun ini. Di Jerman, ia dijual pada harga 180,400 Euro (RM884,170).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live