Tempatan

Perbaharui Cukai Jalan Kenderaan Persendirian Boleh Dibuat di Puspakom Bermula Hari Ini

Erywan
01/09/2021
04:46 MYT
Bagi mereka yang mahu memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) iaitu cukai jalan kenderaan persendirian, mereka kini boleh melakukannya di Puspakom bermula hari ini.
Sebelum ini, urusniaga pembaharuan LKM di Puspakom hanya membabitkan kenderan decontrolled (kenderaan barangan dengan berat 7,500kg ke bawah) sahaja.
Namun, menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), inisiatif berkenaan sebagai usaha meningkatkan tahap perkhidmatan lebih cekap dan berkesan.
Langkah itu salah satu kemudahan alternatif selain perkhidmatan sedia ada di kaunter dan kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG serta Portal mySIKAP JPJ.
Inisiatif tersebut akan dijalankan secara berperingkat di 39 pusat Puspakom seluruh semenanjung Malaysia yang mana fasa awal hanya membabitkan kenderaan persendirian milik individu atau syarikat.
Kemudian akan diperluaskan kepada urusan pembaharuan LKM motosikal dan kenderaan e-hailing bermula November depan.
Orang ramai yang mahu melakukan urusan pembaharuan lesen dan cukai jalan bolehlah membuat temujanji di laman portal https://lkm-appointment.puspakom.com.my dan semua transaksi di kaunter adalah pembayaran secara tunai. Urusniaga secara walk-in pada masa ini adalah tidak dibenarkan.
Sumber gambar: Facebook Puspakom Sdn Bhd
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.