TEMPATAN
Porsche Taycan Cross Turismo, Ada 3 Varian Harga Bermula RM645,209
Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan varian terbaharu buat kereta elektriknya menerusi Porsche Taycan Cross Turismo ke pasaran tempatan.
Taycan Cross Turismo yang menjadi model Cross Utility Vehicle (CUV) pertama Porsche dengan menggunakan ciri teknologi inovatif 800-Volt yang berkeupayaan untuk pengecasan pantas, jarak pemanduan yang jauh serta memiliki ruang kabin luas.

Sistem suspensi udara adaptif itu membuatkan ia lebih 20mm berbanding salon Taycan. Dengan pakej Offroad Design, jarak kelegaan tanah dinaikkan sehingga 30mm.

Elemen rekaan off-road diserlahkan menerusi kemasan pada arca roda dan apron bahagian bawah bampar hadapan.

Pada masa sama, ia juga mempunyai ruang kepala 47mm lebih luas bagi penumpang belakang, selain memiliki keluarsan kargo sejumlah 1,200 liter sekiranya tempat duduk belakang dilipat rata.

- Taycan 4 Cross Turismo bermula RM645,209
- Taycan 4S Cross Turismo bermula RM728,727
- Taycan Turbo Cross Turismo bermula RM968,928
Must-Watch Video