Skip to main content

Berita Tempatan

Proton Perkenalkan Iriz Dan Persona 2022 Baharu, Ini Perinciannya Yang Anda Perlu Tahu

2022-iriz-persona-mi.jpg

PROTON mengumumkan pelancaran Proton Iriz dan Persona 2022 baharu, menawarkan reka bentuk terkini dengan ciri-ciri yang telah diperbaharui.

Penambahan terbaru pada rangkaian model syarikat juga dipersembahkan dengan warna baru serta lebih keselesaan dan ciri keselamatan.



Perubahan Reka Bentuk Luaran



Kabin Direka Semua Lebih Bergaya Dan Berciri Mewah

  • Perubahan paling ketara pada bahagian dalaman Proton Iriz dan Persona 2022 adalah penambahan unit infotainment 8-inci terapung dengan fungsi arahan suara yang kini mampu mengawal penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu.
  • Ditempatkan pada bahagian atas panel tengah untuk akses mudah, unit infotainment dipadankan dengan lubang udara yang baru dan kawalan penyaman udara yang kini mempunyai paparan digital serta penapis udara N95.
  • Ciri kebolehgunaan pula dipertingkan dengan konsol tengah baru dengan menyediakan perehat lengan serta ruang penyimpanan yang kini lebih senang diguna.
  • Bahagian dalaman Iriz varian ‘Active’ mengguna warna merah pada sulaman ‘Active’ di kerusi hadapan, trim pintu dan karpet, begitu juga dengan jahitan berwarna merah pada roda stereng dan tali pinggang keledar untuk meningkatkan daya tarikannya. Ia juga ditampilkan dengan pedal sukan aluminium.
  • Selain daripada penutup tempat duduk dan trim pintu ‘leatherette’ berwarna coklat (sama seperti warna yang diperkenalkan pada Proton X70), Proton Persona Premium 2022 juga ditampilkan dengan reka bentuk dalaman baharu yang akan meningkatkan lagi kemewahannya.

Menggabungkan Kemudahan Dan Keselamatan

  • Dengan sebanyak 6 slot USB – tiga di bahagian hadapan, dua di bahagian belakang dan satu di cermin pandang belakang, bagi menghidupkan kamera pemuka, kedua-dua Proton Iriz dan Persona mampu memenuhi keperluan gaya hidup digital.
  • Persona juga menawarkan ruang but sebanyak 510 liter yang boleh diperluaskan dengan melipat tempat duduk belakang.
  • Tambahan pula, kedua-dua model ditampilkan dengan kamera dan sensor parkir bagi memberikan bantuan visual dan audio semasa menempatkan kereta di tempat parker, sementara butang ECO mod akan menggalakkan pemandu agar memandu dengan lebih cekap agar mengurangkan penggunaan bahan api.
  • Dari segi keselamatan, dua-dua model itu menerima penarafan ASEAN NCAP sebanyak 5-bintang dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF) steel, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Pegun Bukit (HHA).
Harga Mengikut Varian Iriz Dan Persona

Must-Watch Video

Advertisement