TEMPATAN
Suzuki Jepun Lancar Hayabusa (2021) Dengan Pelan Tempahan Warna
Suzuki Motor Co Ltd bakal memperkenalkan Hayabusa di wakil jualan Jepun bermula 7 April depan.
Model perdana Suzuki itu dikenali seluruh dunia kerana prestasi pecutan dan generasi kedua tersebut sudahpun dijual di Eropah dan Amerika Utara sejak penghujung Februari lalu.

Buat pertama kalinya juga Suzuki menawarkan tempahan warna khas buat pelanggan dengan pilihan kombinasi warna pada rim depan dan belakang mengikut cita rasa pengguna.

Tiga pilihan warna badan standard:
・ Black / Gold: Yen 2,156,000 (RM81,547)
・ Silver / Red: Yen 2,156,000 (RM81,547)
・ White / Blue: Yen 2,167,000 (RM81,963)

・ Warna asas hitam atau putih: Yen 2,211,000 (RM83,627)
・ Warna asas perak: Yen 2,222,000 (RM84,044)
Suzuki Hayabusa dijana oleh enjin 1340cc DOHC yang menghasilkan kuasa 188hp dengan kelajuan maksimum 288kmj. Jentera seberat 246kg itu dipadankan dengan transmisi constant mesh 6-kelajuan. Keselesaan tunggangn diserahkan kepada teleskopik terbalik (depan) dan jenis link coil spring (belakang).

Must-Watch Video