Tingkap berkuasa elektrik adalah komponen penting membantu pemandu menaikkan dan menurunkan komponen terbabit.

Walaupun jarang mengalami masalah, tetapi kebarangkalian rosak tetap ada. Kebiasaannya disebabkan komponen yang sudah haus dan lusuh kerana sudah lama digunakan, seiring usia kenderaan itu sendiri.

Bagi yang kurang bernasib baik komponen ini boleh tersekat sehinggakan sukar untuk membuka atau menutup tingkap. Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa ia boleh tersekat.

Berikut beberapa punca yang menyebabkan tingkap tersekat dan cara mengatasinya.


Fius Tingkap Rosak


Punat tingkap berbeza dengan lampu atau komponen lain. Bahagian ini lebih rumit kerana ia menurunkan, menaikkan atau off tingkap. Ketika memandu kadang-kala pemandu kerap menaik dan menurunkan tingkap berkali-kali.

Perkara ini mempengaruhi jangka hayat fius. Apabila ia rosak operasi naik dan turun tingkap akan tersekat. Jika dibiarkan, punat boleh rosak dan tidak berfungsi sehingga tingkap tidak boleh digerakkan. Maka cara mengatasi ganti dengan fius yang baharu.


Motor Penggerak Haus

Kereta yang menggunakan kuasa elektrik tentu menggunakan motor elektrik sebagai penggerak utama. Berus motor adalah bahagian yang kerap rosak. Ia berfungsi menyalurkan arus elektrik dari sumber asalnya menuju rotor motor yang berpusing. Rotor yang selalu berpusing tentu akan terus bergeseran dengan berus.

Geseran yang terjadi secara perlahan akan mengikis berus motor dan menjadi haus dan aliran arus elektrik tidak boleh dilakukan dengan baik.

Namun, jika cermin berkuasa yang tersekat namun cermin boleh dinaik turunkan dengan menggunakan butang pada pemandu, bererti fiusnya yang rosak. Penyelesaian harus mengganti berus yang haus.


Rel Cermin Terlalu Kotor

Rel cermin boleh terdedah kepada kotoran baik berupa debu mahupun kotoran cecair. Keadaan ini boleh mengganggu pergerakan cermin kereta.

Rel kaca yang terlalu kotor akan menimbulkan bunyi ketika cermin dinaik atau diturunkan. Apabila kotoran terbabit dibiarkan dan bertambah parah, cermin akan tersekat kerana kotoran pada rel.

Ini mungkin punca yang remeh, tetapi jika dibiarkan boleh merosakkan komponen yang lain. Cara atasinya adalah menyembur cecair silikon kepada celah rel cermin.