TEMPATAN
Toyota GR Supra 35th Anniversary Edition, Ada Duit Belum Tentu Boleh Memilikinya, Pembeli Dipilih Menerusi Cabutan
Bagi menyambut ulang tahun ke-35 Toyota Supra, satu varian yang cukup istimewa bagi model berkenaan iaitu GR Supra 35th Anniversary Edition.
Mungkin ramai yang mahu memilikinya. Namun, walaupun anda mempunyai duit yang banyak, tidak semestinya boleh memilikinya.

Permohonan untuk menyertai cabutan itu sebenarnya kini sudah dibuka sebelum tarikh tutupnya pada hujung Ogos ini.

Berhubung prestasinya pula, tiada perubahan dilakukan dan masih dijana enjin enam silinder 3.0 liter turbo yang menyalurkan 382hp dan tork setinggi 500Nm.

Enjin masih lagi menggunakan 2.0 liter turbo yang menghasilkan 255hp dengan tork setinggi 400Nm.

Dari segi harganya pula, GR Supra 35th Anniversary Edition versi SZ-R dijual pada ¥6,535 juta (RM250,207), manakala ¥7,835 juta (RM299,981) untuk GR Supra 35th Anniversary Edition versi RZ.

Must-Watch Video