TEMPATAN
Toyota Supra 1995 Harga 2 Kali Ganda Lebih Mahal Daripada Generasi Baharu
Dua tahun lalu, Toyota melabuhkan tirai dan memperkenalkan model Supra baharu iaitu GR Supra serta pengenalannya mencetuskan reaksi berbeza daripada peminat.
Ada yang berasa ‘gembira’ kerana kereta itu dibangunkan dengan kerjasama pihak BMW dan memenuhi semua syarat untuk bergelar sebuah kereta sport moden.

Jika mengikut pakar di Hagerty,Toyota Supra tahun 1995 dalam keadaan yang amat baik dan setanding harga model 2021 iaitu AS$42,600 (RM173,550).

Ruang dalaman masih berwarna hitam dan tidak dicat setakat ini selain berada dalam keadaan bersih. Material digunakan masih kulit termasuk pada stereng dan tombol gear dengan tempat duduk jenis bucket.

Setakat ini, Supra generasi lama ini sudah dipandu sejauh 25,000 kilometer dan pernah dimiliki tiga individu berbeza. Bagi mereka yang mahu beli, anda boleh berkunjung ke laman web Motorcar Classics dan menyediakan wang sebanyak AS$84,900 (RM345,880) untuknya.

Must-Watch Video