Tempatan

TuneBoss ECU Generasi Kedua - Lebih Prestasi, Harga Lebih Murah Bermula RM299

gempak
Erywan
01/09/2021
04:00 MYT
Sponsor Banner
TuneBoss ECU Generasi Kedua - Lebih Prestasi, Harga Lebih Murah Bermula RM299
FSR Technology melancarkan generasi kedua TuneBoss ECU (Unit Kawalan Enjin) yang kini lebih berkuasa, tetapi dengan harga yang lebih mampu milik.
Ia kini dilengkapi dengan tiga tahap (Stage) kebolehan pada tangga harga yang berbeza. Dengan penukaran itu, harga permulaan baru untuk TuneBoss ECU rata-rata RM200 lebih rendah berbanding sebelum ini.
TuneBoss ECU Gen1 sebelum ini boleh didapati untuk sembilan model motosikal popular terutamanya dari Yamaha dan Honda. Harga terendah bermula pada RM499 untuk model seperti Yamaha Lagenda atau Honda Wave, hingga yang paling mahal pada harga RM999 untuk Yamaha R25.
Dengan ECU Gen2 pula, harga baru bermula dari RM299 untuk model Lagenda dan Wave, sementara untuk model Yamaha R25 pula berharga RM799.
Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali berkata, Gen2 adalah untuk menjadikan teknologi dan kebolehpercayaan ini lebih senang dicapai, selain menawarkan ciri-ciri prestasi lebih tinggi serta baru untuk pelanggan yang memerlukannya.
Menurutnya, peningkatan tahap prestasi ECU boleh di buka secara elektronik oleh pengedar sah TuneBoss dan setiap ECU TuneBoss yang dijual datang pada Stage 1.
“Stage 1 sudah cukup memadai untuk pengguna yang mahukan sedikit oooomph dari jentera mereka yang mungkin telah dilengkapi dengan modifikasi ringan, katanya.
Bagi tahap dimodifikasi yang tinggi, mereka boleh menaik taraf ECU Gen2 ke Stage 2 yang memberikan keupayaan seperti pengawalan penuh pada sistem pancutan bahan api, sistem nyalaan dan sistem Variable Valve Actuation (VVA) dengan hanya menambah RM200 kepada harga asal ECU Stage 1.
Selain dari itu, pengguna yang menaik taraf ke Stage 2 dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembelian juga mendapat tambahan tempoh waranti yang menjadi dua tahun, berbanding dengan waranti setahun untuk ECU Stage 1.
Walaupun ciri-ciri Stage 2 pada ECU Gen2 Sudah sedia ada pada ECU TuneBoss Gen1, tetapi khas untuk ECU Gen2 sahaja adalah ciri-ciri baru dan istimewa pada Stage 3.
Antara ciri-ciri itu adalah sistem pengawalan penyuntik bahan api tambahan (dual injector), sistem talaan sudut penyuntik bahan api dan sistem kawalan pam penyejuk jenis elektrik (PWM).
Semua ciri ini telah dihasilkan dari kerjasama dengan beberapa pasukan perlumbaan untuk beberapa tahun dengan keputusan yang memberangsangkan. Tahap 3 boleh dibuka dengan tambahan RM250 kepada kos ECU Stage 1 dan 2.
Seiring dengan pelancaran ECU Gen2, TuneBoss juga melancarkan dua lagi model ECU untuk menampung motosikal Yamaha Y16ZR dan MT15 dengan harga bermula pada RM399.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024