Volkswagen Passenger Cars Malaysia meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan rumah terbuka di seluruh negara.
Rumah terbuka itu bakal diadakan pada Sabtu, 8 Februari bermula 11 pagi sehingga 5 petang di pengedar sah Volkswagen di Malaysia. Tahun ini, tema sambutan Tahun Baru Cina Volkswagen memberi fokus kepada karekter Cina iaitu “wong” yang membawa maksud bernasib baik dan makmur.
Justeru, “wong” itu diterjemahkan menerusi pelbagai tawaran menarik, rebat dan selepas jualan kepada pelanggan baru dan sedia ada. Tidak ketinggalan, hidangan CNY yang lengkap bersama “yee sang” dan aktiviti-aktiviti menarik buat seisi keluarga.
Fokus utama acara ini pastinya Passat 2.0TSI Elegance yang baru sahaja dilancarkan.Tampil dengan bahagian luaran dan dalaman yang direka semula, ciri ketersambunngan yang ditambah baik dan signatur lampu terkini, Passat Elegance baharu ditawarkan pada harga RM187,990 seunit.
Untuk tempoh terhad, ia didatangkan dengan insurans selama setahun secara percuma.
Pelanggan yang ingin membeli satu varian Tiguan (Highline, JOIN dan Sound & Style) akan menikmati “wong” tambahan kerana ia kini hadir dengan tambahan insurans dan rebat petrol secara percuma selama setahun.
Pemilik kenderaan Volkswagen yang berkunjung ke rumah terbuka ini dijemput untuk menempah satu slot pemeriksaan 20 poin secara percuma atau menikmati diskaun sehingga 20 peratus ke atas bateri dan tayar.
Mereka yang mempunyai baucar penyelenggaraan percuma dan membelanjakan minimum RM388 akan menerima penambahan bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma.
Sementara mereka yang tidak ada baucar pula hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk mendapat tawaran yang sama. Pelanggan VCP layak untuk menerima manfaat sama seperti di atas dengan hanya berbelanja minimum RM288, tertakluk kepada terma dan syarat.
Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, serta jaminan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Erywan
Mon Feb 03 2020
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.