,
Tempatan

Warna Asap Boleh Kesan Punca Kerosakan Enjin

Erywan
28/09/2021
08:10 MYT
Apabila anda setia pada sebuah kenderaan pada jangka masa yang lama, terkadang ramai yang tidak menyedari kereta mereka dalam keadaan kurang sihat.
Ini antara sebab mengapa anda perlu melakukan servis rutin. Selain untuk menjaga prestasi kenderaan kekal maksimum, servis rutin berfungsi untuk mengenalpasti kerosakan pada kereta.
Di samping itu, anda juga boleh mengesan kerosakan dengan memperhatikan warna asap yang dikeluarkan oleh ekzos.
Asap Putih
Bagi enjin petrol biasanya asap yang keluar tidak kelihatan, namun jika ekzos tetiba mengeluarkan asap putih pekat boleh jadi masalah pada gegelung omboh (piston) yang sudah haus. Ini disebabkan jangka hayat atau faktor jarang ganti minyak pelincir.
Sementara kereta diesel, asap putih dan pekat yang dikeluarkan boleh jadi tanda jika sistem pembakaran tidak bekerja secara maksimum.
Asap Hitam
Selain asap putih pekat, ekzos boleh mengeluarkan asap berwarna hitam. Untuk kereta diesel mungkin ini normal, tetapi bagi kereta petrol asap hitam adalah tanda pembakaran yang tidak sempurna.
Biasanya, masalah ini diiringi dengan penggunaan minyak yang boros. Untuk menangani masalah ini, anda perlu memeriksa keadaan penapis udara dan komponen lainnya yang berhubungan dengan sistem pembakaran, misalnya sensor, regulator tekanan minyak dan pancitan bahan bakar.
Asap Biru
Sedangkan untuk asap berwarna biru, disebabkan terbakarnya minyak bersama bahan bakar di ruang pembakaran enjin. Umumnya masalah ini kerap menimpa kereta yang sudah berusia, jarak tempuh yang sudah panjang, atau penggunaan kereta kurang baik.
Jika masalah ini terjadi, sebaiknya segera periksa volum minyak secara teratur. Jika terlihat berkurangan, sebaiknya langsung tambahkan atau segera ganti minyak jika minyak yang digunakan sudah tidak layak dipakai lagi (sudah hitam dan pekat).
Kerosakan di atas umumnya bukan jenis kerosakan yang boleh diselesaikan sendiri. Untuk itu, sangat disarankan membawa kereta anda ke bengkel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elak Pengambilan Gula Berlebihan Antara Tips Rosyam Nor Kekal Sihat - “Apabila Metabolisme Badan Mula Berkurang, Saya Terpaksa…”

gempak
09/10/2024
12:55 MYT
Masih dilihat cergas dan sihat pada usia 57 tahun, pelakon Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatan.
Berita

Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!

gempak
29/09/2024
14:50 MYT
Sebuah kelab malam mewah menawarkan kalung tip mencecah RM100,000 kepada gadis pelayan pelanggan (GRO) menerusi penemuan Ops Gegar di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.
Hiburan

“Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

gempak
24/09/2024
01:57 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi rahsia kecemerlangan pasukan pekerjanya.
Hiburan

“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

gempak
27/08/2024
05:55 MYT
Biarpun membesarkan kedua-dua anak lelaki sendirian, pelakon jelita Rita Rudaini akui tiada sebarang tips untuk dikongsikan kepada khalayak.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Unitar