Skip to main content

Selebriti

Edika Yusof Tolak Poligami, Tak Mahu Jadi Seperti...

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Edika Yusof menolak amalan poligami berdasarkan pengalaman ibunya yang pernah hidup dalam perkahwinan poligami.
  • Edika berpendapat walaupun cuba berlaku adil, sukar untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada semua isteri dalam poligami.
  • Isterinya, Nor Hidayah Yusri, berkongsi cabaran menjaga rumah tangga bersama Edika yang memerlukan ketabahan menghadapi pelbagai ujian.

Pelakon Edika Yusof menolak amalan poligami dalam perkahwinannya.

Menerusi perkongsian podcast Too Pretty To Handle di TikTok, Edika menjelaskan tidak mahu mempraktikkan amalan tersebut kerana pernah menyaksikan sendiri pengalaman ibunya yang hidup dalam perkahwinan poligami.

"Saya memang tolak poligami. Saya tolak sebab perkara itu dah jadi pada ibu saya," katanya.

Menurutnya, walaupun seseorang itu cuba berlaku adil dalam rumah tangga, namun tetap tidak mampu memberi perhatian sepenuhnya kepada isteri.

"Kita nampak bagaimana dia sengsara kan? Tidak kisah orang itu bertanggungjawab atau tak bertanggungjawab, tapi awak tetap tak boleh bagi perhatian 100%," ujarnya.

Sementara itu, isterinya, Nor Hidayah Yusri turut berkongsi bahawa bukan mudah menjadi isteri kepada Edika kerana pelbagai ujian yang perlu dihadapi.

"Sedangkan wanita yang normal dan sihat walafiat pun bukan senang nak maintain rumah tangga. Lagi kan saya yang tiga suku badan.

"Bersuamikan Edika Yusof, ingat senang nak jaga dia? Dulu semuanya nampak mudah dan tenang sahaja. Tiba-tiba, ujian datang dari semua arah. Apa pun, kita hadap dan uruskan sebaik mungkin," kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement