Skip to main content

Fatiya Latiff Kongsi Ciri Lelaki Idaman , Kena Tinggi, Talkative… Good Looking Wajib! - “Takkan Saya Nak Yang Gigi Rongak Pula…”

dfgfth

Sekilas

  • Pelakon Fatiya Latiff berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya secara terbuka dalam siaran langsung TikTok milik Wawa Global Sdn Bhd.
  • Fatiya menyatakan dia suka lelaki yang tinggi, banyak cakap, dan good looking.
  • Kemunculan mengejut Fatiya dalam live tersebut menarik perhatian peminat yang mula menyakat dengan calon jodoh untuknya.

Pelakon kontroversi, Fatiya Latiff sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya ketika muncul dalam siaran langsung TikTok milik Wawa Global Sdn Bhd pada malam Ahad.

Menerusi video yang tular, selebriti Aeril Zafril dilihat bertanya kepada Fatiya apakah kriteria lelaki yang menjadi pilihan hatinya.

Tanpa berselindung, Fatiya tampil menjawab ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya suka yang tinggi, talkative. Lepas tu semestinya kena good looking.

“Takkan saya nak yang gigi rongak pula.

“Kalau ada jodoh saya di dalam live ini, sila muncul,” katanya. 

Difahamkan, Fatiya membuat kemunculan mengejut dalam sesi live TikTok perniagaan Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal, susulan itu ruangan komen dibanjiri peminat yang mula ‘menyakat’ pelakon itu dengan pelbagai calon jodoh.

 

Sumber; TikTok

Must-Watch Video

Advertisement