Skip to main content

Fazura Terharu Lagu Duet Dengan Fatima Meledak Di iTunes, Anggap Kurniaan Rezeki Paling Istimewa - “Terima Kasih Sudi Sokong Kami”

Astro Gempak 160

Sekilas

  • Fazura bersyukur lagu raya duet bersama anaknya, Fatima, mendapat sambutan hangat dan berjaya menduduki carta teratas di iTunes.
  • Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendengar lagu tersebut melalui perkongsian di Threads.
  • Lagu Raya Pum Pang Lagi bukan sahaja versi baharu, tetapi juga mengabadikan momen indah dan memori bermakna buat Fazura dan keluarganya.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Fazura meluahkan rasa syukur apabila lagu raya duetnya bersama anak tersayang, Fatima menerima sambutan hangat sehingga berjaya menduduki carta teratas di platform iTunes.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura tampil memberi respons selepas ada yang mengucapkan tahniah atas kejayaan lagu tersebut.

Advertisement

“MasyaAllah TabarakAllah… Terima kasih ya Allah di atas kurniaan rezeki-Mu buat anakku Nur Fatima Aisya.

“Terima kasih buat semua yang sudi mendengar dan menyokong kami. Lots of love,” tulisnya.

Terdahulu, Fazura melancarkan single berjudul Raya Pum Pang Lagi bersama insan paling istimewa dalam hidupnya itu.

Lebih daripada sekadar versi baharu, lagu tersebut mengabadikan momen-momen indah di rumah yang akhirnya menjadi kenangan bermakna buat Fazura.

Kerjasama ibu dan anak itu bukan sahaja menghidupkan semula lagu raya berkenaan, malah memberi dimensi emosi serta memori baharu menjadikan versi kali ini lebih manis, hangat dan dekat dengan makna sebenar Syawal.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement