Skip to main content

Gara-Gara Cincin Berlian Harry Styles, Zoe Kravitz didakwa Sudah Bertunang

Astrogempak harry

Sekilas

  • Harry Styles dan Zoe Kravitz kini menjadi tumpuan selepas spekulasi pertunangan mereka tersebar gara-gara cincin berlian yang dipakai Kravitz.
  • Beberapa sumber mengesahkan hubungan mereka rapat dan tiada siapa terkejut dengan khabar gembira itu walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.
  • Pasangan ini mula menjadi perhatian sejak Ogos 2025 dan menjalinkan hubungan secara sederhana walaupun sering dilihat bersama di beberapa lokasi antarabangsa.

Kisah Harry Styles dan pasangannya, Zoe Kravitz bertunang kini sedang menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat selepas spekulasi tersebut tersebar di internet.

Semuanya gara-gara sebentuk cincin berlain yang tersarung cantik di jari manis Kravitz, lapor Page Six. Hal itu kemudian diperkuat dengan dakwaan sumber: “Dia sangat tertawan dengan Kravitz dan akan melakukan apa sahaja termasuk terjun dari cerunan untuknya.”

Satu sumber lain pula menambah: “Tiada dalam kalangan orang terdekat yang terkejut dengan khabar gembira itu.

Khabar pertunangan mereka pertama kali dihidu pada hujung minggu lalu sewaktu Kravitz, 37, dan Styles dirakamkan bercium dengan jari manis bintang itu ‘disinari’ cincin berlian.

Bagaimanapun sehingga kini keduanya tidak memberi respons atau kenyataan rasmi terhadap spekulasi yang berlegar.

Penyanyi As It Was itu pertama kali digosipkan pada Ogos 2025 selepas dilihat menghabiskan masa bersama dengan berjalan bergandingan tangan di sekitar Paris. Pada bulan yang sama, kelibat mereka dilihat di London sebelum sebulan kemudian kisah cinta mereka mula menjadi bualan.

Malah pada Januari 2026, Styles didakwa memberitahu rakan dekat Kravitz adalah teman sejiwanya. Meski pernah dilihat beberapa kali bersama, pasangan ini menjalani percintaan secara sederhana.

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement