Skip to main content

Festival

Aliff Aziz Pun Ada! 5 Sebab Kenapa Korang Kena Turun Havoc Trio Festival 2025

havoc

Hujung tahun nanti, Kuala Lumpur bakal dibanjiri kemeriahan luar biasa bila Havoc Trio Festival 2025 kembali dari 4 hingga 7 Disember di World Trade Centre (WTC) KL.

Kalau tahun-tahun lepas pun dah gempak, kali ni memang level dia lain macam, lebih besar, lebih meriah dan confirm lagi havoc!

Advertisement

Berikut 5 sebab kenapa korang wajib datang!

1. Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair

Bayangkan korang shopping, makan dan beli barang sekolah, semua dalam satu tempat!

Havoc Trio Festival 2025 gabungkan Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung. Lebih 300 vendor menanti dengan tawaran menarik, diskaun hujung tahun dan makanan viral yang confirm buat korang rambang mata.

2. Persembahan Artis & Comeback Aliff Aziz!

Pentas utama Havoc kali ni dijangka paling meriah sebab Aliff Aziz bakal buat kemunculan semula di Malaysia!

Turut memeriahkan suasana ialah Mark Adam, Ruhainies, Risteena Munim, Syura Badron, Chef Ammar, Saharul Ridzwan, Qistina Raisya dan ramai lagi.

Setiap malam ada persembahan istimewa, jadi memang tak ada istilah bosan.

3. Ada Segmen Islamik & Malam Kerohanian

Tahun ini Havoc tampil dengan pembaharuan, ada elemen Islamik dan kerohanian untuk seisi keluarga.

Program seperti Malam Mahabbah, Malam Kerohanian bersama pendakwah jemputan dan persembahan nasyid menambah seri suasana festival. 

Gabungan hiburan dan ketenangan, sesuai untuk pengunjung dari pelbagai lapisan umur.

4. Cabutan Bertuah

Bukan sekadar shopping, tapi penuh aktiviti menarik! Antara yang menanti korang termasuk food challenge, lucky draw, happy hour sale countdown dan back to school giveaway.

Setiap hari ada kejutan berbeza, jadi makin lama korang stay, makin banyak peluang menang hadiah!

5. Lebih Selesa, Lebih Tersusun & Lebih Havoc!

Menurut Dato’ Firdaus Nadxaman, CEO Havoc Event & Management, penganjuran kali ini lebih tersusun dengan aliran trafik dan fasiliti pengunjung yang ditambah baik.

“Kami nak Havoc Trio Festival jadi festival rakyat yang menyatukan komuniti dan bantu ekonomi tempatan,” katanya.

Dengan sasaran 500,000 pengunjung dan pelbagai aktiviti dari pagi sampai malam, Havoc Trio Festival 2025 dijangka jadi acara penutup tahun paling gempak di Malaysia!

Sejak diperkenalkan pada 2019, Havoc Event & Management telah menganjurkan lebih 70 festival di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Johor, dan kini sedang bersiap untuk menembusi pasaran Brunei. Dengan reputasi sebagai penganjur acara paling berimpak, Havoc Trio Festival 2025 dijangka menjadi penutup tahun paling gempak di Malaysia.

Masuk adalah percuma, dari 11 pagi hingga 11 malam, selama empat hari berturut-turut. Jadi, kalau kau nak habiskan tahun ini dengan penuh warna, muzik dan semangat komuniti, inilah tempatnya.

Must-Watch Video

Advertisement