Dalam semangat solidari dan kepriha nan terhadap isu kemanusiaan global, Astro Audio telah menganjurkan satu majlis Solat Hajat bersama Jemaah Masjid Talhah Ubaidillah, Bukit Jalil sebagai tanda sokongan terhadap Misi Global Sumud Flotilla sebuah inisiaf kemanusiaan yang bertujuan membawa bantuan dan harapan kepada mereka yang terkesan akibat konflik berpanjangan di Gaza.
Majlis ini disertai oleh wakil daripada rangkaian stesen radio berbahasa Melayu di bawah Astro Audio, termasuk ERA, ERA Sabah, ERA Sarawak, SINAR, GEGAR dan ZAYAN.
Kehadiran para penyampai radio popular seper Munabella, Falyq, Hefny, Kak Sheera, Ray, Anas,Aswad, Ewan dan Putra turut memeriahkan suasana dan menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong usaha kemanusiaan melalui pendekatan spiritual dan komuni.
Menurut Pengurus Jenama SINAR Zureen Affendi, Solat Hajat ini bukan sekadar satu acara keagamaan, tetapi juga satu simbol perpaduan dan harapan.
"Kami di Astro Audio percaya bahawa sokongan moral dan spiritual adalah sama pen ngnya dalam memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan. Kehadiran penyampai radio dan jemaah masjid menunjukkan bahawa masyarakat kita bersatu ha dalam menyokong misi mulia ini," katanya.
Advertisement
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.
"Saya ingin merakamkan se nggi- nggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Talhah Ubaidillah atas kerjasama yang amat baik, para penyampai radio yang hadir dengan penuh semangat, serta jenama makanan Kueh yang menyumbangkan juadah untuk para jemaah. Sokongan dan komitmen semua pihak amat kami hargai," tambahnya.
Tambah beliau lagi, “Kami berharap agar Misi Global Sumud Flotilla ini dapat berjalan dengan lancar dan selamat, serta membawa impak yang besar kepada mereka yang memerlukan. Doa kami mengiringi se ap langkah para pejuang kemanusiaan yang terlibat dalam misi ini.”
Majlis yang berlangsung dengan penuh khusyuk ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kemanusiaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Astro Audio komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyebarkan mesej keamanan, kasih sayang dan solidari melalui pla orm media dan komuniti .