Skip to main content

Gaya Hidup

Asyik Kena Soal Bila Nak Kahwin? Ini Jawapan Santai Anda Boleh Guna 'Time' Raya

Raya

Setiap kali pulang beraya, mesti ada antara kita yang 'stress' nak hadap pak cik dan mak cik saudara sebab takut kena tanya soalan panas.

Antara soalan yang kerap ditanya “Bila nak kahwin?”, “Dah ada calon ke?” atau “Bila nak ada anak?”. Bagi sesetengah orang, soalan seperti ini boleh membuatkan mereka rasa kurang selesa.

Tapi sebenarnya, ada beberapa cara santai untuk anda menjawab soalan-soalan ini tanpa menyinggung perasaan sesiapa.

Berikut jawapan yang boleh digunakan jika anda 'ditembak' dengan soalan panas ketika beraya: 

1. “Doakan yang baik-baik je ya.”

2. “InsyaAllah bila sampai masa.”

3. “Tengah cari calon terbaik lagi.”

4. “Kalau jumpa jodoh cepat, cepatlah.”

5. “Tahun ni fokus kerja dulu.”

6. “Doakan saya, raya tahun depan bawa pasangan.”

7. “Calon tu ada… tapi rahsia dulu.”

8. “Kalau ada jodoh, insyaAllah tak ke mana.”

9. “Nak kumpul duit kahwin dulu.”

10. “Kalau dah ada berita baik nanti saya beritahu.”

11. “Doa mak cik/pak cik paling penting.”

12. Senyum dan tukar topik

Kesimpulannya, soalan seperti “Bila nak kahwin?” atau “Bila nak ada anak?” sering ditanya secara spontan oleh ahli keluarga atau saudara-mara ketika raya. Walaupun kadangkala boleh terasa sensitif, menjawabnya dengan cara santai dan positif dapat membantu mengekalkan suasana raya yang ceria.

Yang penting, nikmati sahaja momen berkumpul bersama keluarga tanpa terlalu memikirkan tekanan daripada soalan-soalan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement