Skip to main content

Gaya Hidup

Bermula Dengan Senyuman, Nuray Istiqbal Temui Islam & Cahaya Hidup

NURAY

Permulaan Hidupnya Mungkin Tidak Seindah Orang Lain, Namun Sama Seperti Maksud Di Sebalik Namanya, Personaliti Media Sosial Nuray Istiqbal Akhirnya Berjaya Menemui Cahaya Dalam Perjalanan Hidupnya.

Menurut Nuray, Pemilihan Nama Baharunya Cukup Bermakna Kerana Melambangkan Fasa Hidup Yang Sedang Dilaluinya Kini.

“Maksud Disebalik Nama Nuray Istiqbal Adalah, Istiqbal Itu Bermaksud Permulaan Baharu Jadi Ia Sangat Sempurna Untuk Kisah Hidup Saya Dan Nuray Itu Pula Cahaya Saya Perlukan Cahaya Itu Dalam Kehidupan Saya. 

“Nuray Ini Bagi Saya Ibarat Cahaya Bulan, Dalam Kegelapan Kita Bersinar, Itu Yang Saya Mahukan Dalam Kehidupan Saya,” Katanya Kepada Gempak. 

Berkongsi Titik Tolak Yang Membawanya Mendekati Islam, Nuray Mendedahkan Bahawa Semuanya Bermula Dengan Sesuatu Yang Sangat Sederhana Iaitu Senyuman Dan Kebaikan Orang Islam Yang Ditemuinya.

“Selalu Saya Ceritakan Perkara Ini Kepada Orang. Apa Yang Membuat Saya Ingin Tahu Dan Mahu Belajar Tentang Islam Adalah Kerana Kebaikan Orang Islam.

Advertisement

“Mereka Sentiasa Tersenyum, Melayan Saya Dengan Penuh Baik. Dari Situlah Saya Jatuh Cinta Pada Akhlak Dan Sikap Mereka Dahulu Sebelum Saya Mendalami Agamanya. Itu Bagi Saya Juga Satu Bentuk Dakwah,” Ujarnya. 

Mengulas Tentang Bagaimana Dirinya Kekal Istiqamah Dalam Perjalanan Baharu Ini, Nuray Menekankan Pentingnya Satu Usaha Kecil Tetapi Berterusan Setiap Hari.

Bagi Nuray, Sebagai Saudara Baharu Dia Harus Kekal Belajar Untuk Mendalami Ilmu Agama Islam Dengan Baik. 

“Kuncinya Adalah Terus Belajar. Setiap Hari, Walaupun Hanya Satu Minit Atau Lima Minit, Cuba Baca Al-Quran Atau Hadith, Atau Belajar Satu Ayat Baharu.

“Letakkan Usaha Untuk Menyentuh Al-Quran, Memahami Dan Cuba Menjadikannya Sebahagian Daripada Kehidupan Kita. Itulah Istiqamah,  Bila Kita Setiap Hari Berusaha Melakukan Perkara Yang Sepatutnya Sebagai Seorang Muslim,” Jelasnya.

Terdahulu, Nuray Menjadi Sebutan Dalam Kalangan Peminat Sebutan Dalam Kalangan Peminat Selepas Wanita Itu Menutup Aurat Dan Menyambut Bulan Mulia, Ramadan.


Nuray Memperlihatkan Perubahan Imejnya Menerusi Perkongsian Di Akaun Media Sosial Termasuk Instagram.

Pada Perkongsiannya Terdahulu, Nuray Memperlihatkan Dirinya Yang Manis Bertudung Hitam Melahirkan Rasa Bersyukur Kerana Menyambut Ramadan Pertama.

Pada Awal 2025, Wanita Itu Juga Pernah Berkongsi Salah Satu Ruangan Di Rumah Ibu Bapanya Di Kyoto Yang Digunakan Sebagai Ruangan Solat.

Must-Watch Video

Advertisement