Skip to main content

Berita Tempatan

Dari Dabong Ke Kedah, Mierul Aiman, Bella Astillah & Syed Saddiq Teroka Sisi Malaysia Yang Jarang Diketahui

Dari Dabong Ke Kedah, Mierul Aiman, Bella Astillah & Syed Saddiq Teroka Sisi Malaysia Yang Jarang Diketahui

Sekilas

  • Kempen 'The Overlooked Malaysia' anjuran Dr. Cardin membawa selebriti seperti Mierul Aiman, Bella Astillah dan Syed Saddiq meneroka destinasi jarang diketahui di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
  • Aktiviti termasuk ekspedisi ke Dabong, Kelantan dan sesi siaran langsung dari lokasi unik menarik perhatian netizen dengan kandungan yang lebih dekat dan realistik.
  • Acara 'The Overlooked Malaysia: Beyond The Screen' di IOI City Mall menampilkan tayangan dokumentari, filem pendek dan sesi bertemu peminat, dengan rancangan untuk jelajah ke negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.
Advertisement

Malaysia sememangnya kaya dengan destinasi pelancongan menarik, namun masih banyak lokasi indah yang mungkin belum pernah diterokai masyarakat tempatan sendiri.

Keunikan inilah yang cuba diketengahkan menerusi kempen ‘The Overlooked Malaysia’ anjuran jenama fesyen tempatan, Dr. Cardin yang membawa barisan selebriti dan pencipta kandungan menjelajah beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Advertisement

Antara yang terlibat ialah pelakon Mierul Aiman, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Ketua Penjenamaan Dr. Cardin, Chong Charl Yee, idea kempen berkenaan tercetus selepas adiknya memilih untuk bercuti di dalam negara dan terpesona dengan keindahan destinasi yang dikunjungi.

“Sebenarnya negara kita mempunyai banyak tempat menarik yang kita sendiri belum pernah lawati.

“Adik saya mahu bercuti tetapi dia tidak mempunyai waktu yang banyak. Kebiasaan dia bercuti di luar negara, tetapi kali ini dia memilih bercuti di dalam negara.

“Apabila dia pulang, dia mencadangkan agar kami melakukan kempen ini kerana dia jatuh cinta dengan keindahan di bumi Malaysia.

“Kami melihat idea ini sebagai sesuatu yang menarik, dalam masa yang sama kami ingin memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia bahawa negara kita kaya dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati,” katanya.

Menerusi kempen tersebut, empat negeri menjadi pilihan iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Advertisement

Antara pengisian yang mencuri perhatian ialah ekspedisi ‘The Explorer Trip’ ke Dabong, Kelantan yang disertai Mierul bersama sembilan pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial.

Sepanjang ekspedisi itu, aktiviti serta pengalaman mereka dirakamkan untuk diterbitkan dalam bentuk dokumentari.

Sementara itu, Bella dan Syed Saddiq pula terlibat dalam sesi siaran langsung yang berlangsung di Kedah pada September lalu.

Menariknya, pendekatan siaran langsung dari lokasi luar kebiasaan seperti kawasan sungai dan batu besar turut menarik perhatian pengguna media sosial.

Menurut Charl Yee, sambutan yang diterima menunjukkan masyarakat berminat melihat kandungan yang lebih dekat dengan pengalaman sebenar, khususnya berkaitan penerokaan destinasi tempatan.

“Kami mendapat maklum balas yang sangat positif daripada netizen. Mereka sukakan kelainan yang ditampilkan dan rasa lebih dekat dengan diri mereka.

“‘Engagement’ yang diterima untuk kempen kali ini juga lebih hebat berbanding kempen-kempen sebelum ini.

“Netizen terkejut apabila menonton sesi live kami yang dilakukan di tempat-tempat yang ‘rare’ seperti di atas batu besar dan di dalam air sungai,” ujarnya.

Selain dokumentari pengembaraan, kempen yang bermula pada 25 Ogos lalu turut menampilkan filem pendek arahan Mshaffuan yang diterbitkan dalam beberapa bahagian.

Pengalaman pengembaraan itu kemudiannya dibawa kepada pengunjung menerusi acara ‘The Overlooked Malaysia: Beyond The Screen’ yang berlangsung selama lima hari, bermula 7 hingga 11 Oktober 2026 di IOI City Mall, Putrajaya.

Acara tersebut turut menampilkan sesi bertemu peminat bersama Mierul, Ain Ramli, Zakuan Zainal, Farah Hamdan, Fikri Zamri, Merantau Dunia dan Sya Azhar, selain tayangan episod akhir filem pendek berkenaan.

Melihatkan penerimaan positif terhadap konsep tersebut, Charl Yee tidak menolak kemungkinan pengembaraan sama diperluaskan ke negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

“Melihatkan sambutan hangat yang diberikan, Dr. Cardin mungkin akan meneruskan kempen ini di negeri lain pula. Mungkin kami akan menjelajah bumi Borneo pula selepas ini,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Must Watch Video

Advertisement