Skip to main content

Gaya Hidup

The Experts: Amin & Abid Usung Solidariti Gaza Menerusi Konten Kreatif - “Kami Tak Mampu Ke Sana Tapi…”

Amin Abid

Pasangan pempegaruh kembar, Amin Othman dan Abid Othman mengambil pendekatan berbeza dalam menyatakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin menerusi konten kreatif yang sarat dengan mesej kemanusiaan.

Jelas Amin dan Abid menerusi konten kali ini mereka mahu sampaikan kreativiti DIY juga boleh menyampaikan mesej yang jelas kepada semua masyarakat. 

Walaupun tidak berpeluang turun padang bersama pasukan misi, pasangan kembar ini memilih untuk menggunakan medium digital sebagai wadah perjuangan dan sokongan moral.

“Untuk kali ini, konten kami mengusung solidariti untuk Palestin, lagi-lagi yang Global Sumud Flotilla.  Kami nak sampaikan mesej bahawa kreativiti dan DIY boleh bergabung dengan isu semasa untuk menghasilkan konten yang bermakna buat rakyat Malaysia serta dunia. 

“Kami tak mampu ke sana, tapi kami menyokong daripada segi digital. Apa yang kami boleh lakukan inilah untuk mereka. Kami harap ramai lagi pempengaruh dan pencipta konten di luar sana akan gunakan platform mereka untuk menyebarkan kesedaran tentang isu Gaza dan Palestin,” kata mereka.

Karya kali ini dihasilkan sebagai simbol sokongan kepada misi kemanusiaan Global Freedom Flotilla (GFF) yang berjuang menghantar bantuan ke Gaza.

Dalam masa sama, pasangan kembar yang berusia 25 itu turut menekankan bahawa usaha tersebut bukan sekadar hiburan digital sebaliknya bertujuan membuka mata masyarakat mengenai perjuangan dan pengorbanan pejuang kemanusiaan di Gaza.
 

“Konten kali ini secara tak langsung memberi kesedaran kepada mereka yang menonton bahawa kami sangat menyokong tindakan Flotilla ke Gaza. Konten ini menjadi simbolik kepada perjuangan, betapa perit dan sukarnya misi mereka untuk sampai ke sana. 

“Insya-Allah, satu hari nanti kemenangan akan tiba. Mungkin jihad ini juga menjadi asbab kepada kebebasan Palestin dan kemerdekaan saudara-saudara kita di sana. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. Free Palestine,” ujar mereka lagi.

Menerusi inisiatif ini, Amin dan Abid membuktikan bahawa suara solidariti tidak hanya datang dari medan perjuangan sebenar tetapi juga boleh digerakkan melalui kreativiti, kesedaran, dan teknologi digital demi menyebarkan mesej kemanusiaan sejagat.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement