Skip to main content

Selebriti

Fazley Yaakob Pesan Jangan Ajar Anak-Anak Bandingkan Duit Raya - “Ajar Mereka Terima, Bukan Komplain Kalau Dapat Kurang…”

Fazley duit raya

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menasihati ibu bapa supaya tidak mengajar anak-anak membandingkan jumlah duit raya yang diterima semasa Aidilfitri.
  • Beliau menegaskan amalan tersebut boleh membentuk sikap negatif dan ibu bapa perlu mengajar anak-anak menghargai rezeki walaupun jumlahnya kecil.
  • Fazley juga menegaskan ibu bapa bertanggungjawab membentuk sikap anak-anak supaya menerima duit raya dengan penuh kesyukuran tanpa mengeluh.

Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob menasihati ibu bapa agar tidak mengajar anak-anak untuk membandingkan jumlah duit raya yang diterima ketika sambutan Aidilfitri.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menegaskan amalan tersebut bukan sahaja tidak sihat, malah boleh membentuk sikap negatif dalam diri kanak-kanak sejak kecil.

“Hanya nak pesan, jangan ajar anak-anak banding bandingkan berapa duit raya yang diorang dapat dari ahli keluarga atau sahabat handai.

“Benda tu sangat tak sihat, apabila duit raya dijadikan ukuran ‘rumah siapa lagi best beraya’. Ajar anak-anak untuk hargai ‘rezeki’ tak kira RM1 atau RM100,” tegasnya.

Tambah Fazley lagi, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam membentuk cara anak-anak melihat nilai pemberian tersebut, sama ada dengan penuh kesyukuran atau sebaliknya.

“Ajar anak-anak untuk terima seadanya bukan mencemuh dan komplen bila dapat duit raya kurang dari yang mereka harapkan.

“Kalau anak-anak mencemuh bila dapat duit raya sikit, yang salah tu tetap parents!! Jangan terasa ok?” pesannya.

Perkongsian Fazley itu juga turut mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen dan rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Sumber: Threads @fazleyyaakob
 


 

Anda mungkin berminat dengan

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

Must-Watch Video

Advertisement