Skip to main content

Viral

#FoodiesLife: Aliff Syukri Jadi Duta Kunafa Mangga 5, Ojen Aiwah Bawa Kelainan Fruity Edition Pertama Di Malaysia!

kunafa_aliff

Fenomena dessert tempatan semakin meriah apabila usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bersama isteri, Datin Shahida dan keluarga diumumkan sebagai wajah rasmi Kunafa Mangga 5, kolaborasi eksklusif bersama Kunafa Ojen Aiwah.

Jika sebelum ini Kunafa Ojen Aiwah pernah mencuri perhatian dengan perisa Madu 3 dan melantik duta lain seperti Cik Apple, kali ini usahawan dan pempengaruh media sosial itu tampil lebih berani dengan menampilkan keluarga usahawan sensasi ini sebagai pilihan utama.

Advertisement

Menurut Ojen Aiwah, idea Kunafa Mangga 5 tercetus kerana mahu melangkaui kebiasaan.

"Selama ni kebanyakan kunafa hanya main dekat area coklat, strawberi atau rasa klasik yang orang dah biasa. Tapi saya cabar diri untuk buat sesuatu yang segar dan fruity.

"Mangga ni memang favourite ramai, jadi saya campurkan mangga segar dengan buah delima, saffron, daun pudina, mozzarella cheese dan ramuan khas ‘The 5’.

"Semua bahan yang kita guna premium, segar dan memang tak sama dengan mana-mana dessert lain. Kunafa Mangga 5 ni bukan sekadar dessert, tapi pengalaman mewah bila makan," ujarnya kepada Gempak.

Ojen turut menegaskan, setiap kunafa keluaran Penampah Aiwah hadir dengan keistimewaan tersendiri.

"Kalau Red Velvet warnanya merah, Madu 3 kuning, maka untuk Mangga 5, kita custom warna oren khas. Packaging dan stiker pun kita buat eksklusif. Tapi biasalah, setiap kali kita keluarkan flavour baru, akan ada yang ikut sama.

"Saya tak kisah orang nak jual, industri ni besar, semua boleh sama-sama cari rezeki. Cuma janganlah tiru sampai stiker pun sama. At least bagi kredit sebab kita pioneer untuk flavour yang out of the box ni," luahnya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Aliff Syukri sendiri akui beliau tidak mudah menerima tawaran untuk menjadi duta.

"Sejujurnya duit bukan keutamaan kami. Saya dan keluarga memang nak cuba dulu. Kalau tak sedap, tak ada makna kami nak jadi duta. Saya letakkan syarat, kalau saya rasa tak kena, saya takkan teruskan.

"Tapi bila kami cuba sendiri, memang lain daripada yang lain. Sedap, mewah, dan rasa bangga nak sokong produk usahawan Melayu yang berani hasilkan dessert premium macam ni. Saya tengok perjalanan Ojen dari berniaga kecil-kecilan sampai sekarang jadi jutawan, itu sesuatu yang patut dihargai dan dijadikan inspirasi.

"Saya terkenal dengan kosmetik, dengan produk jeruk. Orang kadang-kadang pandang rendah. Jadi bila saya pilih untuk bersama dalam projek ni, saya nak tunjuk pada masyarakat bahawa usahawan Melayu pun boleh hasilkan produk premium yang bertaraf antarabangsa.

"Anak-anak saya pun saya libatkan sekali, sebab saya nak mereka belajar bahawa berjaya bukan hanya jadi doktor atau lawyer. Jadi usahawan dessert pun boleh jadi jutawan kalau kita kreatif, rajin dan berani," tambahnya.

Kunafa Mangga 5 ditawarkan pada harga RM45 sebekas, cukup untuk dikongsi bersama dua hingga tiga orang. 

Must-Watch Video