Skip to main content

Viral

Gempak Ah! Pinn Yang Lancar 20 Platform Digital Tempatan, Mudahkan Kehidupan Harian Rakyat Malaysia

pinyang

Di era serba digital ini, satu nama yang makin kukuh dalam dunia teknologi tempatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media, Pinn Yang.

Beliau tampil dengan inisiatif besar apabila berjaya membangunkan 20 platform digital tempatan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan terdiri daripada makanan, pelancongan, gaya hidup, kewangan hinggalah hiburan.

Advertisement

Menurut Pinn Yang, semua platform ini dicipta berlandaskan visi untuk menjadikan akses digital lebih mudah, mesra pengguna dan benar-benar relevan dengan kehidupan rakyat Malaysia.

“Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak menikmati akses digital yang mudah, mesra pengguna, dan relevan dengan kehidupan mereka. Sebab itu, dari Foodie.my hingga Goie.com, setiap platform yang kami bangunkan mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memberi nilai sebenar kepada masyarakat.

"Sama ada mencari tempat makan, merancang bajet, memantau cuaca, atau merancang perjalanan, semuanya kini boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik,” katanya.

Antara platform yang dibangunkan termasuklah foodie.my, penangfoodie.com, klfoodie.com, johorfoodie.com, malaysiahomie.com, travelrookie.my, WauPost.com, kalculator.my, weathertoday.my, waktusolat.info, rezeki.co, goldprice.com.my, alat.my, impian.co, visitmalaysia.com.my, pinnyang.com, techie.my, carbuddie.com, monie.my dan goie.com.

Daripada semua itu, Foodie.my menjadi antara yang paling popular kerana berfungsi sebagai portal kulinari menyeluruh yang menghimpunkan lokasi makan terbaik seluruh negara.

Dalam bidang kewangan, kalculator.my membantu orang ramai merancang bajet dengan lebih pintar, sementara weathertoday.my menawarkan ramalan cuaca tepat dan waktusolat.info menjadi panduan umat Islam menunaikan ibadah.

Bukan itu saja, rezeki.co menampilkan artikel keusahawanan dan pelaburan, goldprice.com.my memantau pasaran emas, manakala alat.my menyediakan alat produktiviti untuk bisnes. Bagi yang mencari inspirasi pula, impian.co memberi motivasi pembangunan diri.

Di bidang pelancongan, visitmalaysia.com.my memberi panduan ke destinasi menarik di seluruh negara, sementara platform terbaharu, goie.com, pula menyenaraikan acara hiburan, festival dan konsert terkini yang menjadi tarikan warga muda serta keluarga.

“Ekosistem digital Malaysia semakin matang, dan kami bangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini,” kata Pinn Yang lagi.

Dengan rangkaian 20 platform digital ini, jelas terbukti rakyat Malaysia semakin selesa dengan solusi teknologi tempatan yang praktikal, mudah diakses, dan bermanfaat untuk kehidupan harian.

Must-Watch Video

Advertisement