Sekilas
- Pastikan semua pintu, tingkap, dan pagar rumah dikunci dengan sempurna sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung.
- Matikan dan cabut peralatan elektrik, tutup bekalan gas, serta pasang lampu dengan sistem pemasa untuk keselamatan rumah.
- Maklumkan jiran terdekat tentang ketiadaan anda dan elakkan berkongsi lokasi rumah kosong di media sosial.
Menjelang musim perayaan, ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.
Namun, dalam kesibukan membuat persiapan perjalanan, aspek keselamatan rumah sering kali dipandang ringan.
Jika rumah ditinggalkan dalam tempoh beberapa hari, pastikan anda melakukan beberapa langkah keselamatan terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Berikut 8 checklist penting yang boleh anda semak sebelum bertolak balik kampung:
1. Periksa Semua Pintu dan Tingkap
Pastikan semua pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan sempurna. Jangan lupa periksa pintu belakang atau pintu sisi yang mungkin jarang digunakan.
2. Tutup dan Cabut Peralatan Elektrik
Matikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan seperti televisyen, seterika dan ketuhar. Jika boleh, cabut terus plug bagi mengelakkan risiko litar pintas.
3. Tutup Bekalan Gas Dapur
Pastikan kepala tong gas ditutup dengan betul sebelum meninggalkan rumah. Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang risiko kebocoran gas.
4. Pasang Timer Lampu dan Lampu Keselamatan
Jangan tinggalkan rumah anda gelap sepenuhnya.
Jika rumah mempunyai lampu luar atau lampu keselamatan, pastikan ia berfungsi dengan baik. Lampu yang menyala boleh membantu menghalang penceroboh daripada mendekati rumah.
Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan lampu dengan sistem pemasa bagi memberi gambaran seolah-olah rumah masih berpenghuni walaupun anda tiada.
5. Simpan Barang Berharga Dengan Selamat
Simpan barang kemas, wang tunai dan dokumen penting di tempat yang selamat seperti peti keselamatan atau lokasi yang sukar dijumpai.
6. Pastikan pintu pagar dikunci
Jika rumah mempunyai pagar, pastikan ia dikunci dengan baik sebelum meninggalkan rumah.
7. Maklumkan kepada jiran terdekat
Beritahu jiran yang dipercayai bahawa anda akan pulang ke kampung.
Mereka boleh membantu memantau keadaan rumah jika terdapat perkara mencurigakan.
8. Elakkan kongsi lokasi rumah kosong di media sosial
Walaupun ramai yang suka berkongsi momen perjalanan pulang ke kampung, elakkan memuat naik maklumat yang menunjukkan rumah anda kosong dalam tempoh lama.
Sumber Foto: FMT