Skip to main content

Foodies Life

"Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Buat, Naik Duk Diam" - Fizo Omar Tegur Netizen Beri Rating Satu Bintang, Ajak Orang Ramai Sokong Rembayung

fizo_rembayung

Sekilas

  • Fizo Omar menegur individu yang memberi rating satu bintang kepada restoran Khairul Aming, Rembayung, walaupun premis belum dibuka secara rasmi.
  • Fizo menegaskan ulasan palsu boleh menjejaskan reputasi dan perniagaan usahawan tempatan.
  • Beliau mengajak orang ramai untuk memberi sokongan moral kepada Khairul Aming dan pasukan Rembayung menjelang pembukaan rasmi restoran tersebut.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar, tampil menegur tindakan segelintir individu yang memberi rating satu bintang kepada restoran baharu Khairul Aming, Rembayung, walaupun premis itu belum pun dibuka secara rasmi.

Dalam hantaran di Threads, Fizo menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak matang dan boleh menjejaskan periuk nasi usahawan tempatan.

“Korang kan kalau takde benda baik nak buat, baik duduk diam. Korang sedar tak yang korang pergi rate kedai satu star sedangkan kedai tu belum buka lagi. Apa ke teruk perangai. Tahu ke yang Google review ni sangat penting kepada peniaga sebab satu dunia boleh tengok,” tulisnya.

Jelas Fizo, tindakan meninggalkan ulasan palsu atau negatif sebelum mencuba sendiri perkhidmatan hanya merugikan dan memberi kesan buruk kepada reputasi perniagaan yang sedang dibina.

Tidak sekadar menegur, Fizo turut mengajak orang ramai untuk menunjukkan sokongan moral kepada Khairul Aming dan pasukan Rembayung.

“Jom semua orang baik kita pakat support Rembayung dan KA (Khairul Aming),” tambahnya.

Isu rating palsu ini timbul selepas beberapa tangkap layar menunjukkan wujud ulasan negatif terhadap Rembayung di Google, meskipun restoran tersebut masih dalam fasa percubaan dan belum dibuka kepada umum.

Pembukaan rasmi Rembayung dijangka menjadi antara peristiwa paling dinanti pada tahun 2026, dengan ramai peminat setia Khairul Aming turut menzahirkan sokongan terhadap usaha usahawan muda itu membangunkan perniagaan makanan berskala besar.
 

Must-Watch Video

Advertisement