Seorang pempengaruh Brazil yang kerap berkongsi perihal kesihatan dan kecantikan ditemui meninggal dunia selepas terjatuh daripada apartment.
Diana Areas meninggal dunia pada usia 39 tahun saat jatuh daripada bangunan di kejiranan Parque Tamandaré di Rio de Janeiro lapor People.
Kematian Areas sangat mengejutkan selepas pada hari yang sama dia yang ditahan di sebuah hospital keluar tanpa kebenaran. Areas ditahan pada pagi hari kejadian di hospital tersebut kerana menerima rawatan akibat kesan kelar di pergelangan tangan.
Menurut laporan sama, Areas dikatakan telah bertengkar dengan kekasihnya sebelum ditemui maut oleh penduduk. Tubuh pempengaruh yang memiliki lebih 200,000 pengikut itu dipenuhi kesan luka.
Siasatan rasmi sedang dijalankan dan pihak polis belum memberi kenyataan rasmi.