Skip to main content

Berita Tempatan

"Kemenangan Ini Jadi Penamat Terindah Tahun Ini" - Anas Zahrin Panjat Syukur Dinobat Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025

anas_shopee

Pengasas jenama ANAS Cosmetics, Anas Zahrin, terus mengukir kejayaan apabila dinobatkan sebagai Seller Creator Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025.

Majlis penganugerahan berprestij yang berlangsung di ibu kota itu menyaksikan Anas menewaskan tiga lagi calon hebat, sekali gus menjadikan kemenangan ini sebagai kejayaan sulungnya di platform e-dagang popular tersebut.

Advertisement

“Alhamdulillah, detik ini amat bermakna buat saya pada tanggal 1 November 2025. Selepas lebih tiga tahun bersama Shopee, kemenangan ini menjadi penamat yang indah untuk tahun ini,” ujar Anas yang sebelum ini turut memenangi kategori TikTok Shop Creator of The Year, Anugerah TikTok MY 2023.

Tambahnya lagi, kejayaan tersebut menjadi bukti ketekunan dan semangat juangnya dalam dunia perniagaan digital.

“Momentum ini menjadi pembakar semangat buat saya dan legasi ANAS Cosmetics. Ramai ‘seller’ mudah berputus asa apabila gagal, tetapi saya memilih untuk terus berfikir positif. Istilah negatif perlu dibuang jauh dari diri,” katanya.

Menurut Anas, produk keluaran ANAS Cosmetics yang merupakan jenama bumiputera kini mencipta fenomena tersendiri di pasaran.

“Produk kami seperti lipmatte dan serum bibir telah terjual ratusan ribu unit di Shopee, dengan harga mampu milik serta kualiti yang diyakini. Saya amat berterima kasih kepada semua pelanggan, terutama golongan B40, suri rumah dan mereka yang kurang berkemampuan, atas sokongan padu selama ini,” jelasnya.

Jenama ANAS Cosmetics yang dilancarkan pada Ogos 2017 terus berkembang pesat, namun Anas enggan berasa selesa dengan pencapaian sedia ada.

“Saya sudah lebih 18 kali menerima pengiktirafan daripada TikTok, kini pula kejayaan di Shopee. Ini bukan noktah, sebaliknya langkah untuk saya terus menghasilkan produk lokal berkualiti setanding jenama antarabangsa,” katanya penuh semangat.

Anas turut mendedahkan bahawa tahun hadapan, ANAS Cosmetics bakal melancarkan lebih 15 rangkaian produk baharu.

“Insya-Allah, kami akan terus memperkenalkan produk mampu milik untuk semua penggemar ANAS Cosmetics. Tunggu kemunculannya nanti!” katanya.

Dalam pada itu, beberapa minggu lalu, Anas turut menarik perhatian ramai dengan keprihatinannya terhadap isu kemanusiaan. Anas menyerahkan sumbangan cek berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia pada 6 Oktober 2025, sebagai sokongan kepada misi Sumud Flotilla bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Sumbangan tersebut diserahkan bersempena kejayaan besar ANAS Cosmetics apabila jualan lipmatte mencapai 1 juta unit di TikTok, satu lagi pencapaian luar biasa buat usahawan muda kelahiran Kota Tinggi, Johor ini.

Must-Watch Video

Advertisement