Skip to main content

Gaya Hidup

Mahu Menyimpan Buat Anak-Anak, Nad Zainal Pilih Bersederhana Raya 2026 - “Brand Murah Je Awak, Harga Bawah…”

Nad Zainal

Sekilas

  • Nad Zainal memilih untuk berjimat cermat dalam berbelanja menjelang Aidilfitri bagi menyimpan wang untuk keperluan anak-anak yang masih bersekolah.
  • Pelakon ini membeli sepasang busana raya dengan harga kurang daripada RM100 melalui TikTok.
  • Beliau berkongsi keputusan dan bukti pembelian tersebut di platform Threads sebagai inspirasi gaya raya yang murah tetapi tetap cantik.

Pelakon, Nad Zainal memilih untuk bersederhana dan tidak berlebihan dalam berbelanja menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma pada Mac akan datang.

Menerusi Threads, Nad memaklumkan keputusan itu diambil bagi menyimpan wang buat perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah.

“Misi nak berjimat tahun ini, nak menyimpan untuk anak anak. Kelas tambahantuisyen dan sebagainya,” kongsinya.

Tambah pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin ini, dia juga telah membeli sepasang busana raya yang berharga kurang daripada RM100.

“Jenama murah-murah je awak, yang penting lawa.

“Saya beli baju raya harga bawah RM100 dari TikTok,” kongsinya.

Menerusi satu lagi ciapan yang dibua, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut memuat naik tangkap layar bukti pembeliannya di TikTok.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement