Skip to main content

Gaya Hidup

MPO Beri Penghormatan Untuk Alfonso Soliano Di Dewan Filharmonik Petronas

Digelar Bapa Muzik Melayu Moden, Alfonso merupakan seorang pemuzik, penulis lagu, komposer, pendidik dan konduktor orkestra tersohor yang menjadi perintis kepada perkembangan muzik Malaysia.

Sekilas

  • Orkestra Filharmonik Malaysia akan mengadakan konsert tribute untuk Alfonso Soliano, ikon muzik Melayu moden, pada 2 September 2026 di Dewan Filharmonik PETRONAS.
  • Konsert ini menampilkan karya jazz dan lagu-lagu yang digubah khas oleh beberapa komposer terkenal serta persembahan dari kumpulan The Solianos, legasi muzik keluarga Alfonso.
  • Tiket dijual dalam pelbagai kategori harga bermula dari RM249 hingga RM499 dan boleh dibeli melalui laman web rasmi MPO.
Advertisement

Susulan kejayaan konsert A Tribute to Sharifah Aini yang telah berlangsung pada Jun lalu, Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) akan mempersembahkan sebuah konsert ‘tribute’ untuk seorang lagi ikon budaya Malaysia, Alfonso Soliano, pada Rabu, 2 September 2026 jam 8.00 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).

Digelar Bapa Muzik Melayu Moden, Alfonso merupakan seorang pemuzik, penulis lagu, komposer, pendidik dan konduktor orkestra tersohor yang menjadi perintis kepada perkembangan muzik Malaysia. 

Beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Orkes Radio Malaya pada tahun 1961 yang turut dianggotai oleh pemain trumpet Dato Johari Salleh dan pemain saksofon Tan Sri Dato Sri Ahmad Nawab. Beliau juga telah mengubah landskap muzik asli tradisional dengan menggubahnya dalam bentuk simfoni yang pertama kali dipersembahkan dalam konsert bersejarah, Malam Irama Melayu, pada tahun 1959.

Advertisement

Beliau telah mencipta dan merakam ratusan lagu untuk siaran radio dan televisyen dengan menggabungkan muzik Melayu dengan irama swing, chacha, rumba dan bossanova. 

Alfonso turut membentuk kerjaya Tan Sri SM Salim dan Zain Azman. Beliau telah menerbitkan album ‘monumental’ Datuk Sharifah Aini, Lela Manja, yang mengangkat martabat seni budaya dan memenangi anugerah Penggubah Lagu Terbaik daripada Persatuan Seniman pada tahun 1979.

Konsert ini bakal dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose. Beliau berkata, “Perkembangan muzik Malaysia berakar umbi dari visi Alfonso yang telah meletakkan asas kepada landskap muzik orkestra negara. Beliau memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan bakat tempatan dan membina struktur dalam menyokong ekosistem muzik klasikal di Malaysia. 

"Dedikasi beliau yang tidak berbelah bahagi telah mengubah sebuah aspirasi menjadi gerakan seni yang mampan, sekaligus membuka peluang kepada generasi pemuzik untuk berkembang maju. Maka itu, MPO mengambil langkah mengiktiraf dan memberikan penghormatan sewajarnya terhadap sumbangan beliau.”

Turut membuat persembahan bersama MPO ialah The Solianos, sebuah legasi muzik yang diasaskan oleh Alfonso mewakili beberapa generasi dari keluarga muzik tersohor ini. Identiti artistik kumpulan ini menjadi bukti dedikasi sepanjang hayat beliau terhadap kecemerlangan seni yang telah memberi inspirasi kepada generasi pemuzik.

Barisan pemuzik The Solianos terdiri daripada Isabella Soliano (vokal), Don Alfonso Soliano (bass), Condrado Soliano (flugelhorn/trumpet), Tristano Soliano (piano/vokal), Eddie Kismilardy (alto saksofon) dan Arthur Kam (dram).

Konsert ini bakal mempersembahkan program yang merangkumi karya jazz malar segar seperti Ku Kan Kembali, Airmata Berderai, Tunas Kasih, Rindulah Rindu, Renungan Malam, Ku Puja Alam, Kasih Sayang, Blues For Bangkok, Dawn To Darkness, East To West dan Pacita Blues.

Kesemua lagu digubah khas untuk MPO dengan sentuhan istimewa Dato Johari Salleh, Azhad Sulaiman, Gerard Salonga, Jenny Chin, Leonard Yeap, Luqman Aziz, Ahmad Muriz Che Rose dan The Solianos sendiri. Gubahan ini akan memberikan peluang kepada penonton untuk menikmati legasi Alfonso dalam persembahan yang belum pernah didengari sebelum ini.


Bagi yang berminat untuk menyaksikan persembahan tersebut, tiket ditawarkan pada beberapa kategori harga iaitu RM399 untuk Premium, RM349 bagi A Reserve, RM299 (B Reserve) dan RM249 (C Reserve).

Turut disediakan tiket Suite pada harga RM449 atau RM499 untuk seorang.

Maklumat lanjut mengenai persembahan serta pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi Orkestra Filharmonik Malaysia di www.mpo.com.my.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement