Skip to main content

Gaya Hidup

Nak Cari Port Makan Sedap Di Malaysia? Grab Kongsi Senarai ‘5-Star Eats’ Pilihan Ramai!

ASTROGEMPAK Grab

Sekilas

  • Grab Malaysia lancar panduan makanan digital GrabFood 5-Star Eats yang mengumpulkan lokasi makan popular berdasarkan jutaan ulasan pengguna di seluruh negara.
  • Siri Rakan Grab Jelajah Malaysia menampilkan destinasi dan makanan terkenal seperti Village Park Restaurant dan Hameediyah Restaurant, serta video CGI kreatif oleh Sofyank yang mempromosikan budaya dan makanan tempatan.
  • Grab juga menyediakan kursus mesra pelancong untuk pemandu dan tawaran Visit Malaysia 2026 Travel Pass dengan diskaun GrabCar dan GrabFood untuk pelancong antarabangsa.

Kalau anda jenis suka ‘food hunting’ atau sedang merancang percutian di Malaysia, ini mungkin berita yang anda tak nak lepaskan.

 

Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026), Grab Malaysia tampil dengan satu inisiatif menarik menerusi panduan makanan digital GrabFood 5-Star Eats yang menghimpunkan pelbagai lokasi makan popular pilihan rakyat Malaysia sendiri.

 

 

Lebih istimewa, senarai ini bukan dipilih secara rawak atau berdasarkan ulasan beberapa individu sahaja. Sebaliknya, ia dibina menerusi jutaan ulasan dan penilaian pengguna Grab dari seluruh negara.

 

 

Bagi meraikan usaha tersebut, Grab telah mengadakan tayangan eksklusif pada 19 Jun yang menampilkan episod ketiga siri Rakan Grab Jelajah Malaysia di saluran KS Lagi serta filem pengembaraan CGI terbaharu hasil karya pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Sofyank.

 

Acara itu turut menghimpunkan beberapa figura penting termasuk Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, hos KS Lagi Shahril Hamdan, Sofyank serta barisan kepimpinan Grab Malaysia.

 

5-Star Eats & Jelajah Bersama Shahril Hamdan

 

Menerusi GrabFood 5-Star Eats, pengguna boleh meneroka pelbagai restoran dan kedai makan yang menjadi kegemaran ramai.

 

Antara lokasi yang bakal diketengahkan dalam siri Rakan Grab Jelajah Malaysia ialah 

 

  • Village Park Restaurant yang cukup terkenal dengan nasi lemaknya
  • Hameediyah Restaurant di Jalan Bukit Bintang
  • Restoran Mat Binjai di Jalan Sultan Sulaiman
  • Borenos Fried Chicken di Asia City
  • A1 Chicken Rice di Lintas Plaza.

 

Boleh dikatakan, dari Semenanjung hingga ke Sabah, semuanya ada!

 

Sementara itu, Shahril Hamdan pula akan membawa penonton menjelajah Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah menerusi siri tiga episod Rakan Grab Jelajah Malaysia, sambil memperkenalkan makanan, budaya dan tarikan tempatan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Keluar Sekejap Lagi (@ks.lagi)

Sofyank Tampil Dengan Video Travel Berkonsepkan CGI

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

 

Tidak ketinggalan, Sofyank tampil dengan video pelancongan kreatif menggunakan teknologi CGI yang memaparkan pelbagai destinasi menarik, cadangan makanan lokal melalui panduan 5-Star Eats dan budaya unik Malaysia dengan cara yang cukup mengagumkan.

 

Video tersebut dihasilkan bagi memberi pengalaman visual yang lebih segar kepada penonton, selain memperlihatkan keindahan Malaysia menerusi gabungan kreativiti dan teknologi moden.

 

Rakan Grab Bersedia Sambut Pelancong

Dalam masa sama, Grab turut memainkan peranan sebagai 'duta pelancongan' apabila beberapa rakan pemandunya mengikuti Kursus Mesra anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

 

Kursus tersebut memberi pendedahan kepada pemandu untuk menawarkan pengalaman yang lebih mesra dan selesa kepada pelancong yang datang ke Malaysia.

 

Usaha ini selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang mahu memastikan setiap pelancong menikmati pengalaman terbaik sepanjang berada di negara ini.

 

Travel Pass Khas Untuk Pelancong Antarabangsa

Bukan itu sahaja, pelancong antarabangsa juga boleh menikmati pelbagai promosi menerusi Visit Malaysia 2026 Travel Pass yang tersedia dalam aplikasi Grab.

 

Melalui pas khas ini, mereka boleh mendapatkan diskaun dan penjimatan untuk perkhidmatan GrabCar serta GrabFood sepanjang melancong di Malaysia.

 

Jadi, kalau anda masih tercari-cari port makan best atau ingin merancang percutian seterusnya, mungkin sudah tiba masanya untuk buka aplikasi Grab dan terokai sendiri senarai GrabFood 5-Star Eats.

 

Manakala untuk pelancong antarabangsa, mereka boleh menikmati pelbagai tawaran menarik menerusi Visit Malaysia 2026 Travel Pass yang disediakan khas sepanjang kempen berlangsung.

 

#GrabBersamaMalaysia #VMY2026 #RakanGrabJelajahMalaysia

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement