Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Nak Lengkapkan Rumah Dengan Bajet Terhad? MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Baharu, Harga Serendah RM27.90!

Nak Lengkapkan Rumah Dengan Bajet Terhad? MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Baharu, Harga Serendah RM27.90!

Sekilas

  • MR D.I.Y. memperkenalkan 13 produk perkakas rumah baru dengan harga mampu milik, termasuk cerek elektrik, seterika wap, periuk nasi, pengering rambut, dan pembersih vakum.
  • Produk-produk ini dilengkapi ciri praktikal seperti tutup automatik, kawalan suhu boleh laras, dan bahan tahan calar, serta disertakan jaminan satu tahun dan pensijilan SIRIM.
  • Rangkaian perkakas ini bertujuan memberi lebih pilihan dan fleksibiliti kepada pengguna Malaysia untuk melengkapkan rumah mengikut bajet masing-masing melalui kedai MR D.I.Y. di seluruh negara.
Advertisement

Memiliki perkakas elektrik untuk kegunaan harian tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar, terutama bagi mereka yang baru berpindah rumah, pasangan muda atau individu yang mahu melengkapkan kediaman secara berperingkat.

Memahami keperluan tersebut, MR D.I.Y. memperkenalkan 13 produk perkakas rumah baharu selain menurunkan harga beberapa barangan terpilih bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna di Malaysia.

Advertisement

Rangkaian yang diperluaskan itu merangkumi pelbagai keperluan harian termasuk kelengkapan dapur, peralatan pembersihan rumah serta penjagaan diri.

Antara produk yang ditawarkan ialah cerek elektrik dengan harga bermula RM27.90, seterika wap RM39, periuk nasi RM53, pengering rambut RM27.90 dan pembersih vakum RM79.

Pilihan berkenaan membolehkan pengguna mendapatkan perkakas mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing tanpa perlu membeli semuanya sekali gus.

Advertisement

Menariknya, perkakas yang diperkenalkan turut dilengkapi ciri praktikal untuk memudahkan penggunaan harian.

Sebagai contoh, cerek elektrik mempunyai fungsi tutup automatik serta perlindungan apabila dihidupkan tanpa air dan daripada pemanasan berlebihan.

Periuk nasi pula menggunakan bekas dalaman aluminium tanpa salutan yang tahan calar, manakala seterika wap dilengkapi kawalan suhu boleh laras serta fungsi pembersihan kendiri.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh, pengalaman lebih dua dekad berkhidmat kepada pengguna tempatan memberikan pihaknya pemahaman mengenai keperluan sebenar isi rumah.

“Lebih 20 tahun berkhidmat kepada isi rumah di Malaysia telah memberikan kami pemahaman yang mendalam tentang keperluan pelanggan terhadap perkakas harian. Mereka mahukan produk yang boleh dipercayai, dilengkapi dengan ciri-ciri yang penting, pada harga yang berpatutan,” katanya.

Tambah Alex, peluasan rangkaian tersebut juga bertujuan memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan dalam memilih perkakas yang sesuai dengan bajet.

“Dengan memperluas rangkaian perkakas rumah kami dan menurunkan harga barangan terpilih, kami memudahkan pelanggan mencari perkakas yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka, di samping keyakinan tambahan menerusi waranti satu tahun,” ujarnya.

Selain jaminan selama setahun, perkakas dalam rangkaian tersebut turut disertakan pensijilan SIRIM sebagai antara aspek yang diberi perhatian dari sudut keselamatan dan kualiti.

Untuk rekod, MR D.I.Y. memaklumkan pihaknya mencatatkan jualan melebihi 900,000 unit perkakas rumah dalam tempoh dua tahun lalu.

Pengguna boleh mendapatkan rangkaian perkakas berkenaan menerusi kedai MR D.I.Y. di seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement