Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

‘Nervous’ Nak Beraya Di Rumah Mentua, Ini Tips Jadi Menantu ‘Favourite’ Pagi Raya

Tips raya dengan mentua

Sekilas

  • Hari Raya Aidilfitri adalah masa terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga mentua, terutama bagi menantu baru yang masih menyesuaikan diri.
  • Beberapa tips praktikal termasuk rajin membantu di dapur, berbual dengan ahli keluarga, dan memastikan ada tugas mudah yang boleh dilakukan sepanjang hari raya.
  • Elakkan mengata atau merungut, bangun awal untuk bersama ibu mertua, dan luangkan masa menemani ibu mertua agar suasana raya lebih harmoni.

Hari Raya Aidilfitri bukan hanya sekadar juadah enak dan pakaian baharu, tetapi juga merupakan masa terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan termasuklah keluarga mentua.

Bagi yang baru bergelar menantu atau masih menyesuaikan diri, suasana beraya di rumah mentua mungkin terasa sedikit janggal.

Tetapi jangan bimbang, berikut merupakan beberapa tips praktikal yang dikongsi oleh netizen di platform Threads untuk memastikan raya di rumah mentua berjalan lancar.


#Rajin ke dapur

Pilih satu tempat di dapur, misalnya tugas memotong dan menyiang bahan masakan. Tidak kiralah sehandal mana pun anda memasak, elakkan memasak menu utama hari raya. Ingatlah, itu rumah mertua anda. Sudah puluhan tahun dia memasak untuk hari raya, lebih baik jika air tangannya tidak diganggu.
 


#Rajin berbual

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan busana. Hal ini berguna apabila anda berbual dengan ipar duai dan anak saudara remaja. Waktu inilah untuk anda mengambil hati keluarga ipar untuk berbincang mengenai fesyen baju raya.

 

#Pastikan ada tugas

Pasti ada tugas mudah yang sentiasa diperlukan semasa hari raya. Misalnya membancuh air dan mengisi semula bekas kuih. Anda akan dilihat konsisten membantu sepanjang hari raya walaupun tugas mudah. Barulah ibu mertua sayang kerana menantu rajin dalam hal kerja.


#Bangun awal

Bangun awal dan jengahlah dapur untuk bersama ibu mertua. Anda tidak perlu bergegas menyediakan sarapan. Cukup dengan menyediakan minuman panas dan panggil suami ke dapur untuk bersarapan. Ingat, anda bukan bujang lagi untuk bangun lewat pada pagi hari.


#Jangan mengata

Andai ada menantu lain yang malas atau bersikap buruk, tidak perlulah anda merungut. Biarlah biras lain mahu merungut namun anda tidak perlu berpihak kepada sesiapa. Yang penting anda jaga tepi kain sendiri sahaja.


#Jangan merungut

Terutamanya bagi yang bertudung, pulang ke kampung mungkin mencabar dengan cuaca panas, kipas usang, dan tidur di ruang tamu yang menyebabkan rambut berbau. Jangan terlampau merungut dan membiarkan keluarga mertua dengar rungutan anda. Bawa bersabar ya wahai wanita sekalian.


#Teman ibu mentua

Jika anda lihat ibu mertua keseorangan mengerjakan sesuatu, temanlah dia. Kadangkala dia tidak perlukan pertolongan pun, hanya mahu teman berbual yang memberikan perhatian.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Must-Watch Video

Advertisement