Skip to main content

Foodies Life

Peminat Cita Rasa Jepun, Kini Ada Teriyaki Tuna Dalam Tin Pertama Di Malaysia

Peminat Cita Rasa Jepun, Kini Ada Teriyaki Tuna Dalam Tin Pertama Di Malaysia

Sekilas

  • Yeo’s memperkenalkan Teriyaki Tuna dalam tin buat pertama kali di Malaysia, bersama variasi baharu Chilli Spicy Tuna.
  • Produk ini menggabungkan isi tuna dengan sos teriyaki yang savuri dan manis, sesuai untuk dinikmati bersama nasi, mi atau dalam resipi lain.
  • Pelancaran diserikan dengan acara ‘Yeo’s Itadakimasu’ di Bukit Bintang dan peraduan berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Jepun sehingga November 2026.
Advertisement

Penggemar cita rasa Jepun kini mempunyai pilihan baharu apabila Yeo’s memperkenalkan Teriyaki Tuna dalam tin buat pertama kali di Malaysia.

Produk terbaharu itu menggabungkan isi tuna dengan sos teriyaki bercita rasa savuri dan manis, selain hadir bersama satu lagi variasi baharu, Yeo’s Chilli Spicy Tuna.

Advertisement

Pengurus Besar Yeo’s Malaysia, Tan Mei Yen berkata pengenalan perisa tersebut mengambil kira perubahan cita rasa dan gaya hidup pengguna masa kini.

“Yeo’s sentiasa didorong oleh semangat inovasi seiring dengan perubahan cita rasa serta gaya hidup pengguna, sambil berpegang teguh pada legasi kami.

“Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, kami memperkenalkan perisa baharu dan unik yang memberikan sentuhan moden kepada makanan ruji yang sudah biasa dinikmati, sekaligus membuka lebih banyak pilihan untuk keluarga dan generasi muda menikmati produk Yeo’s mengikut cita rasa semasa,” katanya.

Advertisement

Menurut Mei Yen, tuna berkenaan boleh dinikmati begitu sahaja, bersama nasi atau mi mahupun digunakan dalam resipi lain.

Ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi serta merupakan sumber Omega-3.

Sempena pelancarannya, acara ‘Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist’ berlangsung selama tiga hari dari 2 hingga 4 Oktober di The Starhill Ground Floor Piazza, Bukit Bintang.

Selain berpeluang mencuba hidangan berasaskan Teriyaki Tuna, pengunjung boleh menyertai permainan Gashapon, bergambar di ruang bertemakan Jepun serta menyaksikan pertandingan cosplay.

Suasana Jepun turut dibawa ke sekitar Bukit Bintang menerusi kru yang mengenakan kimono dan busana wafuku dalam aktivasi yang diinspirasikan daripada Shibuya Crossing di Tokyo.

Dalam pada itu, orang ramai berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Jepun menerusi peraduan ‘Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan’ yang berlangsung sehingga 30 November 2026.

Seramai 12 pemenang bakal dipilih menerusi peraduan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

Fast Shipping demon slayer cosplay baju kpop demon hunter cosplay kids costume Mira Rumi Zoey Demon Hunters Cosplay Costume for Girl Halloween Stage 3D Printed Pattern Role Play Clothes

Fast Shipping demon slayer cosplay baju kpop demon hunter cosplay kids costume Mira Rumi Zoey Demon Hunters Cosplay Costume for Girl Halloween Stage 3D Printed Pattern Role Play Clothes

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Must Watch Video

Advertisement