Skip to main content

Gaya Hidup

QR Code Ganti Salam Kaut? Privasi Tetamu Mungkin Terjejas

Kahwin

Meletakkan QR Code di meja tetamu untuk menerima sumbangan daripada orang ramai untuk sebuah majlis perkahwinan dilihat sebagai satu trend baharu mengantikan 'salam keruk' yang sering diamalkan oleh orang-orang dahulu. 

Namun, menurut pendidik kewangan, Faiz Azmi walaupun perkara itu dilihat biasa bagi sesetengah pihak namun tindakan meminta duit secara terbuka di majlis kahwin boleh memberi gambaran yang kurang baik. 

Faiz menjelaskan bahawa dari sudut agama, rukun nikah tidak pernah mewajibkan sesiapa mengadakan majlis kahwin mewah, apatah lagi meminta sumbangan tetamu untuk menampung kos percutian atau honeymoon.

“Bila kita nak nikah, rukun nikah ada lima. Tak ada satu pun kata kena buat wedding, pelamin atau honeymoon.

“Kalau hidup susah dan minta sedekah, itu bukan penghinaan. Tapi kalau wedding mahal-mahal, kemudian minta sedekah untuk vacation, itu tak kena,” katanya. 

Faiz menambah bahawa kaedah QR Code tanpa pengurusan betul boleh menyebabkan tetamu rasa tidak selesa kerana jumlah sumbangan mereka boleh dilihat secara jelas oleh tuan rumah.

“Bila bayar pakai QR, bila buka statement akan nampak nama orang dan amount. Privacy hilang. Nanti orang cakap, ‘Oi pakcik ni bagi RM20 je, datang bawa 5 orang,” tambahnya.

Faiz juga menyeru pasangan supaya berkahwin mengikut kemampuan, bukannya mengejar standard perkahwinan yang memaksa mereka menanggung hutang atau mengharapkan bantuan tetamu.

“Kalau korang nak kahwin, kahwin ikut kemampuan sendiri. Kalau anak sultan, duit banyak, tak apa kahwin mahal. Tapi kalau tak mampu, buat nikah biasa pun okay. Jangan sampai openly minta duit untuk kahwin,” ujarnya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement