Skip to main content

Hiburan

Syukur Pendaki Wanita Selamat, Kamal Adli Nasihat Kak Jaslina Berhenti Mendaki - “Cukup Dah Jangan Panjat-Panjat, Lepak Mall Saja Tau”

ASTROGEMPAK KamalAdli

Sekilas

  • Jaslina Saludin, pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat.
  • Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan berharap Jaslina tidak lagi melakukan aktiviti mendaki, sebaliknya berkongsi pengalaman sahaja.
  • Jaslina menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain sebelum mengalami masalah kesihatan dan terpisah dari kumpulan.

Berita mengenai pendaki wanita bernama Jaslina Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih akhirnya ditemui dalam keadaan selamat meraih perhatian ramai termasuklah pelakon Kamal Adli. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal meluahkan rasa syukur apabila pendaki wanita itu selamat ditemui. 

 

Bagaimanapun Kamal berharap selepas ini Jaslina hanya berkongsi pengalaman dan tidak lagi melakukan aktiviti tersebut. 

 

“Okay dah akak. Cukup dah jangan panjat-panjat apa-apa dah. Kongsi pengalaman saja okay. Lepak mall saja tau. Alhamdulillah selamat.

 

“Terima kasih kat team orang-orang baik tolong carikan akak,” tulisnya. 

 

Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

 

Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu. 

Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

 

Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.

 

Sumber - Threads

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement