Skip to main content

Gaya Hidup

Ramai Masih Bujang Bukan Kerana Memilih Tetapi...

Individu yang masih bujang bukan semestinya memilih hidup bersendirian, ada yang mahu hubungan serius tetapi belum bertemu pasangan sesuai.

Sekilas

  • Individu yang masih bujang bukan semestinya memilih hidup bersendirian, ada yang mahu hubungan serius tetapi belum bertemu pasangan sesuai.
  • Tekanan emosi berlaku kerana jurang antara harapan dan realiti, bukan status bujang itu sendiri, dan pemikiran negatif boleh menjejaskan kesihatan mental.
  • Dr Azmawaty menggalakkan individu bujang untuk terus membuka ruang bertemu orang baru dan membina hubungan tanpa memberi tekanan berlebihan pada diri.
Advertisement

Individu yang masih bujang tidak semestinya memilih untuk hidup bersendirian. Sebaliknya, ada yang benar-benar ingin membina hubungan serius namun belum menemui pasangan yang sesuai.

Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia, Dr Azmawaty Mohamad Nor berkata keadaan itu dikenali sebagai involuntary singlehood, iaitu seseorang yang masih bujang bukan kerana pilihan sendiri.

Advertisement

Menurut beliau, tekanan emosi yang dialami golongan ini bukan berpunca daripada status bujang semata-mata, sebaliknya disebabkan jurang antara apa yang diinginkan dengan realiti yang dihadapi.

"Apabila seseorang benar-benar mahu berkahwin atau mempunyai pasangan, tetapi pelbagai usaha dilakukan masih tidak berhasil, lama-kelamaan mereka boleh berasa kecewa, hilang keyakinan diri dan mula mempersoalkan nilai diri," katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan cara seseorang mentafsir keadaan tersebut memainkan peranan penting terhadap kesihatan mental.

Katanya, individu yang melihat status bujang sebagai peluang untuk terus mencari pasangan yang sesuai lebih cenderung mempunyai emosi yang stabil berbanding mereka yang menganggap diri tidak cukup baik atau gagal kerana masih belum berkahwin.

"Yang mendorong kepada kemurungan bukanlah status bujang itu sendiri, tetapi pemikiran negatif yang berterusan sehingga memberi tekanan kepada emosi," jelasnya dalam AWANI Pagi. 

Dr Azmawaty berkata masih ramai individu bujang yang menjalani kehidupan bahagia kerana mempunyai sistem sokongan yang kukuh daripada keluarga dan rakan-rakan, selain hubungan spiritual yang baik serta matlamat hidup yang jelas.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan individu yang masih bujang supaya tidak terus menyalahkan diri sendiri, sebaliknya terus membuka ruang untuk bertemu orang baharu dan membina hubungan secara sihat.

Beliau menegaskan pasangan bukanlah satu-satunya sumber kebahagiaan, namun usaha untuk mengenali lebih ramai orang dan membina hubungan baharu wajar diteruskan tanpa meletakkan tekanan yang berlebihan terhadap diri sendiri.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement