Skip to main content

Foodies Life

Semuanya Nak Cepat Sekarang Ni! Ini 5 Cara Generasi Muda Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Hidup Serba Pantas Dengan Extra Joss

Semuanya Nak Cepat Sekarang Ni! Ini 5 Cara Generasi Muda Menyesuaikan Diri Dengan Gaya Hidup Serba Pantas Dengan Extra Joss

Sekilas

  • Generasi muda kini mengutamakan minuman yang cepat, praktikal dan sesuai dengan gaya hidup aktif mereka, seperti minuman tenaga sedia untuk diminum Extra Joss Ultimate.
  • Mereka juga lebih peka terhadap kandungan minuman, memilih produk yang mengandungi bahan seperti kopi hijau, ekstrak ginseng dan vitamin B untuk menyokong kecergasan dan tenaga.
  • Extra Joss Ultimate disasarkan kepada golongan 18 hingga 35 tahun dan mudah didapati di pelbagai lokasi seperti kedai runcit, stesen minyak dan kedai mamak untuk memenuhi keperluan harian mereka.
Advertisement

Daripada mengejar deadline di pejabat, keluar bersantai bersama rakan sehinggalah menghabiskan hujung minggu dengan pelbagai aktiviti, gaya hidup generasi muda hari ini semakin dinamik.

Kepelbagaian rutin harian ini turut mempengaruhi cara mereka membuat pilihan, termasuk dalam soal makanan dan minuman.

Advertisement

Bukan sekadar mengutamakan cita rasa, golongan muda kini turut memberikan perhatian kepada aspek kepraktisan, kandungan bahan dan kesesuaian sesuatu produk dengan gaya hidup masing-masing.

Jom lihat lima perkara yang mencerminkan perubahan gaya hidup generasi masa kini.

1. Semuanya Nak Cepat & Praktikal

Advertisement

Dalam menjalani kehidupan yang serba pantas, kemudahan menjadi antara pertimbangan pengguna ketika membuat pilihan.

Kalau dahulu minuman perlu dibancuh terlebih dahulu, kini pelbagai pilihan minuman sedia untuk diminum atau ready-to-drink (RTD) diperkenalkan bagi memenuhi perubahan rutin harian.

Mengambil kira perkembangan tersebut, Extra Joss yang sudah lebih sedekad bertapak di Malaysia kini memperkenalkan Extra Joss Ultimate, minuman tenaga berkarbonat dalam tin bersaiz 250 mililiter.

Sebelum ini, jenama tersebut lebih dikenali menerusi rangkaian minuman tenaga berbentuk serbuk dalam empat pilihan perisa iaitu anggur, mangga, oren dan Active.

2. Lebih Mengambil Tahu Tentang Kandungan Minuman

Bukan sekadar memilih berdasarkan rasa, mengetahui kandungan sesuatu minuman juga penting dalam membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan diri.

Antara bahan yang diketengahkan menerusi Extra Joss Ultimate ialah kopi hijau, ekstrak ginseng serta vitamin B3, B6 dan B12.

Kopi hijau merupakan sumber kafein semula jadi, manakala ginseng secara tradisinya dikaitkan dengan kecergasan. Vitamin B pula membantu proses metabolisme tenaga normal dalam tubuh.

Bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein perlu dilakukan secara sederhana dengan mengambil kira jumlah kafein daripada sumber lain sepanjang hari.

3. Pilihan Yang Sesuai Dengan Pelbagai Aktiviti Harian

Rutin generasi muda tidak hanya tertumpu kepada pekerjaan. Ada yang gemar menghadiri acara muzik, meneroka tempat baharu, melakukan aktiviti rekreasi atau sekadar meluangkan masa bersama rakan.

Pengurus Pengaktifan Jenama Extra Joss, Jerry Yew berkata, pengenalan produk baharu itu menyasarkan golongan Gen Z dan dewasa muda berusia antara 18 hingga 35 tahun yang menjalani gaya hidup aktif dan dinamik.

“Extra Joss Ultimate dirangka untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai situasi termasuk ketika bekerja, melakukan aktiviti santai, menghadiri perjumpaan sosial atau dalam perjalanan,” katanya.

4. Gaya Hidup Juga Medium Mengekspresikan Identiti

Daripada pilihan pakaian, muzik, hobi sehinggalah jenama yang diminati, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresikan personaliti mereka.

Perkara itu turut menjadi inspirasi kepada kempen Extra Joss Ultimate yang mengetengahkan mesej mengenai keunikan diri.

“Melalui tagline 'UNLEASH THE ULTIMATE U', produk ini turut menggalakkan pengguna menonjolkan keunikan diri, kekal aktif dan memanfaatkan setiap detik dalam kehidupan seharian,” kata Jerry.

5. Kemudahan Mendapatkan Produk Jadi Keutamaan

Sama ada ketika singgah di stesen minyak sebelum memulakan perjalanan, membeli-belah di pasar raya atau melepak di kedai mamak bersama rakan, kemudahan mendapatkan sesuatu produk turut memainkan peranan dalam pilihan pengguna.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia, Oktavianus berkata, pihaknya akan memanfaatkan rangkaian pengedaran sedia ada bagi memperluas capaian Extra Joss Ultimate.

Ia merangkumi kedai runcit tradisional, pasar raya, kedai serbaneka, stesen minyak serta premis makanan dan minuman termasuk restoran dan kedai mamak.

“Melalui peluasan rangkaian pengedaran ini, kami mahu memastikan Extra Joss Ultimate lebih mudah diperoleh pengguna, khususnya di lokasi yang menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka seperti tempat membeli-belah, bekerja dan bersosial.

“Kami juga melihat peluang untuk memperkukuh kerjasama dengan pengedar, peruncit serta pengusaha makanan dan minuman bagi meluaskan capaian produk secara mampan serta menyokong pertumbuhan jangka panjang dalam segmen minuman sedia untuk diminum,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

清爽系列 独家代理 RIO 鸡尾酒 春见白桃伏特加 罐装 330毫升

清爽系列 独家代理 RIO 鸡尾酒 春见白桃伏特加 罐装 330毫升

popia simpul 500gram

popia simpul 500gram

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement