Skip to main content

Gaya Hidup

Tak Pandang Harga Murah Saja, Kajian Dedah Rakyat Malaysia Sanggup Bayar Lebih Demi Barang ‘Original’ Dan Tulen

Screenshot 2026 05 22 at 11.48.28 AM

Sekilas

  • 73% pengguna Malaysia sanggup bayar lebih untuk produk asli dari platform rasmi, menunjukkan perubahan sikap beli dalam talian yang lebih fokus pada ketulenan dan kepercayaan.
  • Pengguna kini lebih berhati-hati dengan menyemak ulasan, reputasi penjual, dan jaminan pemulangan sebelum membuat pembelian.
  • Lazada Malaysia akan mengadakan kempen Jualan Super WOW 6.6 dengan pelbagai tawaran menarik dari 5 hingga 8 Jun, sambil memberi ruang kepada jenama tempatan berkembang.

Sikap pengguna di Malaysia kini dilihat semakin berubah apabila ramai tidak lagi hanya mengejar harga murah, sebaliknya lebih mementingkan ketulenan produk, kualiti dan kepercayaan ketika membeli-belah dalam talian.

Trend tersebut didedahkan menerusi laporan Cube bersama Lazada yang menunjukkan 73 peratus daripada 1,000 responden di Malaysia sanggup membayar lebih demi mendapatkan produk asli daripada platform atau kedai rasmi dalam talian.

Perubahan itu juga menunjukkan pengguna kini lebih berhati-hati sebelum membuat pembelian termasuk menyemak ulasan produk, reputasi penjual dan jaminan pemulangan barang.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin berkata, persaingan e-dagang hari ini bukan lagi bergantung kepada harga semata-mata.

“Pengguna sekarang lebih bijak membuat pilihan. Mereka mahu produk tulen, penjual dipercayai dan pengalaman membeli-belah yang selamat.

“Ia bukan lagi sekadar membeli lebih murah, tetapi membeli dengan lebih yakin,” katanya.

Menurut beliau, pengguna juga semakin cenderung memilih platform yang menawarkan perlindungan pembelian selain membeli terus daripada kedai rasmi jenama.

Dalam masa sama, kempen membeli-belah dalam talian kini turut memberi ruang lebih besar kepada jenama tempatan untuk berkembang seiring jenama antarabangsa.

Antara jenama tempatan yang semakin mendapat perhatian pengguna termasuk GINTELL, HABIB, TTRacing, Signature Market, SAMEL dan OxWhite.

Perubahan gaya membeli-belah itu turut dilihat selari dengan peningkatan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membantu pengguna membuat carian produk dengan lebih pantas dan tepat mengikut keperluan serta bajet mereka.

Seiring perubahan trend pengguna tersebut, Lazada Malaysia bakal mengadakan kempen Jualan Super WOW Lazada 6.6 bertemakan “Catch Your Best Deals” bermula 5 hingga 8 Jun depan dengan pelbagai tawaran menarik termasuk baucar eksklusif, diskaun LazFlash dan ganjaran interaktif dalam aplikasi.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement