Skip to main content

Gaya Hidup

Tiada Halangan Letak Nama Anak ‘Asmara’ Atau ‘Hotel’, JPN Kongsi Garis Panduan Untuk Ibu Bapa - “Kalau Nak Juga, Kena Sign”

Astrogempak Baby

Sekilas

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada garis panduan untuk pendaftaran nama bayi dan boleh menasihatkan jika nama yang dipilih tidak sesuai.
  • Ibu bapa yang tetap mahu nama luar biasa perlu tandatangan pengakuan bahawa nama tersebut adalah kehendak mereka.
  • Nama seperti gelaran kehormat, pangkat, jawatan, dan nama lucah adalah dilarang digunakan semasa pendaftaran.
Advertisement

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkongsi panduan berkaitan pemberian nama anak selepas terdapat segelintir ibu bapa memilih nama yang dianggap tidak sesuai atau luar biasa.

Menerusi satu hantaran di Threads, JPN menjelaskan pihak mereka sememangnya mempunyai garis panduan tertentu bagi membantu petugas ketika proses pendaftaran nama bayi dilakukan.

Advertisement

“Mengenai beri nama anak ni kan. Dekat JPN memang ada garis panduan untuk petugas mendaftarkan nama anak seperti pilihan nama yang tak sesuai.

“Tapi kami boleh nasihatkan sahaja. Kalau parents bermati-matian nak juga nama asrama, hostel, hotel atau lain-lain, dia kena sign dan akui nama yang diisi tu adalah kehendak dan kerelaan dia,” jelas JPN.

Pada masa sama, JPN turut memaklumkan terdapat beberapa kategori nama yang ditegah daripada digunakan.

“Manakala nama ditegah pula seperti gelaran nama kehormat (Tun, Tan Sri), nama pangkat atau jawatan seperti Imam dan Kapten.

“Nama-nama lucah dan ada beberapa lagi lah. Itu sahaja perkongsian tentang pemberian nama anak untuk hari ini ya kawan-kawan,” kongsi JPN.

Selain itu, JPN turut mengingatkan ibu bapa mengenai tempoh pendaftaran kelahiran anak bagi mengelakkan status daftar lewat.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement