IOI City Mall kini jadi tumpuan baru buat peminat kecantikan!
Dengan pembukaan cawangan ke-308 WOW BEAUTY, pengalaman shopping anda bukan lagi sekadar beli skincare atau makeup tapi satu dunia penuh gaya, inovasi dan kejutan. Inilah sebab kenapa anda wajib singgah:
Advertisement
1. Suasana Futuristik yang Instagrammable
Masuk sahaja, anda terus dibawa ke dunia avant-garde dengan dinding logam, struktur cermin dan pencahayaan dinamik. Jangan lupa singgah di zon swafoto imersif khas untuk rakam OOTD cantik!


2. Lebih 300 Jenama & 3,000+ Produk Terkini
Daripada skincare niche yang rare hingga mekap Korea viral, WOW BEAUTY tawarkan pilihan meluas untuk semua jenis kulit, gaya dan bajet.

3. Direka untuk Semua Tona Kulit
Pasukan WOW BEAUTY buat kajian khas pada pelbagai tona kulit Asia, jadi setiap orang boleh temui produk yang sesuai dan rasa lebih yakin dengan penampilan mereka.


4. Mesra Keluarga & Kanak-Kanak
Selain zon dewasa, kedai ini ada ruang khas untuk pengalaman kecantikan kanak-kanak yang selamat dan menyeronokkan. Shopping lebih fun bila boleh bawa anak sekali!
5. Promosi & Hadiah Pembukaan
Nikmati solekan percuma oleh jurusolek profesional, promosi masa terhad daripada pelbagai jenama, serta hadiah eksklusif dengan setiap pembelian.
