Gegar Vaganza All Star
All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Mohon Maaf Tak Capai KPI - “Salah Tetap Salah, Apa Tok Ram Cakap Tu Betul”
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Naqiu enggan menjadikan masalah kesihatan sebagai punca persembahannya kurang menjadi di konsert minggu kesembilan Ahad lalu.
Menurut Naqiu, dia menerima segala komen yang diberikan oleh ketua juri iaitu Datuk Ramli MS dengan hati yang terbuka.
“Saya terima apa yang Tok Ram atau guru-guru cakap persembahan minggu ini tidak mencapai KPI saya.
“Saya ingin memohon maaf kepada guru saya kerana secara jujurnya ini bukan yang saya perdengarkan pada hari Jumaat dan Sabtu.
“Tapi tak mengapa, benda itu bukan alasan. Salah tetap salah jadi apa yang Tok Ram cakap itu betul.
“Itu semua datangnya dari kesilapan saya. Saya tak mahu bagi alasan sebab tak sihat. Ramai lagi orang tak sihat boleh buat persembahan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Bercerita lanjut mengenai kesihatannya pada ketika itu, Naqiu berkata dia tiba-tiba berasa kurang sihat dan menggigil pada jam 3 pagi sebelum konsert berlangsung.
“Kesihatan saya tiba-tiba kurang baik dalam jam tiga pagi, selepas itu saya ada menerima panggilan daripada Hazama dan mengatakan dirinya pun mengalami demam.
“Saya ini bukan jenis orang yang tidur awal tapi selepas balik dari sesi latihan penuh, saya rasa penat dan nak tidur.
“Sebab saya tahu mungkin kerana penat sangat, saya takut nanti akan beri kesan pada suara saya.
“Tapi pada jam tiga pagi saya rasa menggigil, saya tahan sampai jam lima dan saya bangun untuk makan ubat.
“Waktu tengahari itu saya masih lagi rasa tak okay tapi saya ada tanggungjawab dan saya tak beritahu sesiapa pun yang saya tak sihat termasuklah Tok Ram.
“Pada saya takkan perkara itu nak dijadikan alasan, dah minggu kesembilan tak pandai jaga kesihatan lagi.
“Saya tak sempat pergi klinik, saya terus ke MBSA untuk sesi latihan terakhir. Hazama pun kata dia tak sihat jadi kami bagi semangat antara satu sama lain.
“Saya betul betul rasa tak sedap badan, tapi saya tak mahu jadikan ini sebagai alasan. Bila tak sedap, bila salah itu silap saya.
“Bahagian yang saya terlepas tempo itu sebenarnya saya tengah menahan diri dari terbatuk. Sebab itu saya letak tangan di bahagian muka,” jelasnya.
Dalam pada itu, Naqiu mendedahkan dia juga telah bersedia andai kata namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir kerana persembahannya gagal memenuhi KPI.
“Saya dah bersedia untuk tersingkir sebenarnya, ini pertandingan. Kalau saya tak deliver, sehebat mana pun saya sebelum ini atau katalah minggu pertama diletakkan KPI tinggi sekali pun, itu tak dikira sebab minggu kedua tu pun dah dikira lain.
“Tiap-tiap minggu kira lain, jadi minggu ini saya akui memang bukan KPI saya. Saya minta maaf untuk peminat peminat saya dan juga produksi.
“Sepatutnya saya deliver benda yang best tetapi itu kesalahan saya. Jujurnya saya tak boleh elak benda tu, nak buat macam mana. Mungkin ini dugaan untuk saya, bukan hari saya,” ujarnya.
BERITA TRENDING: GV10: “Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas” - Datuk Ramli MS Jawab Jadikan Naqiu Sebagai KPI
Minggu kesembilan ASGV menyaksikan Naqiu berada dikedudukan keenam dengan peratusan markah sebanyak 72.00%.Naqiu telah menyampaikan lagu duet bersama Hazama berjudul Samar Bayangan.
Komen yang diberikan Tok Ram pada Naqiu untuk minggu berkenaan adalah:
“Kenapa hari ini? Tak relax… Tak ada banyak sangat error, tak teruk sebab you ada partner, sorang work sorang tak work begitulah perumpaannya but not that bad. You kena faham bila ada pasangan, awak beraksi, perbandingan pasti ada, not that bad but this is not your KPI,” ujarnya.
PILIHAN PEMBACA: All Stars Gegar Vaganza: Muka Berkerut Noryn, Aliff Aziz Di Tangga Bahaya! Ini Markah Penuh Minggu Ke-9
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video