Skip to main content

Selebriti

Gemar Pergi ‘Casting’ Tapi Kerap Gagal, Adam Lee Tak Pernah Rasa Nak ‘Give Up’ Berlakon - “Ramai Suruh Buat Busines…”

ASTROGEMPAK AdamLee

Sekilas

  • Adam Lee berkongsi pengalaman menghadiri banyak sesi uji bakat lakonan, namun hanya beberapa yang berjaya.
  • Perkongsian Adam disalaherti wargamaya yang menganggap dia mahu berhenti dalam dunia lakonan, sedangkan dia hanya merujuk kepada cabaran dalam sesi casting.
  • Adam berharap orang ramai terus menyokongnya jika dia memilih untuk menceburi bidang perniagaan pada masa hadapan.
Advertisement

Perkongsian pelakon Adam Lee menerusi Threads miliknya baru-baru ini mengenai cabaran ‘casting’ lakonan meraih perhatian wargamaya. 

 

Advertisement

 Menerusi perkongsian itu, Adam mengakui dia gemar menghadiri sesi uji bakat lakonan namun hanya beberapa saja yang berjaya. 

 

“Aku ni kaki casting, berpuluh casting dah aku pergi dan Alhamdulillah satu dua saja dapat. Yang lain selalu kena tolak. Patut tak, aku teruskan dengan dunia casting lakonan ni,” tanyanya. 

 

Bagaimanapun perkongsian berkenaan disalaherti oleh segelintir wargamaya yang membuat andaian suami kepada aktres Sweet Qismina itu mahu putus asa dalam dunia lakonan. 

Advertisement

 

Enggan membiarkan netizen terus salah faham, Adam menjelaskan perkongsian itu melibatkan uji bakat bukan dunia lakonan seperti yang disangkakan. 

 

Adam turut berharap orang ramai akan terus memberi sokongan jika selepas ini dia melangkah dalam dunia perniagaan pula. 

“Asal semua ingat aku nak give up ni 😅 aku cakap dunia casting lakonan bukan dunia lakonan, dua maksud yang berbeza tu.

 

“YTJT (yang tahu je tahu) je lah 😂 Ramai suruh buat busines, aku hargai sangat… nanti aku dah mula jangan lupa support ye,” kongsinya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Puma Male Classics Block Tee (PUMA Black-Hot Heat) 53561774

Must Watch Video

Advertisement