Anggota kumpulan K-Pop terkenal 2PM, Nichkhun dan Chansung bakal membuat kemunculan istimewa dalam drama hit, Vincenzo dalam episod akan datang.

Berita itu juga telah disahkan oleh produser Vincenzo kelmarin.

“Nichkhun dan Hwang Chansung akan muncul dalam Vincenzo. Sila nantikan kemunculan mereka untuk mengetahui watak apa yang dibawakan oleh mereka berdua,” katanya.

Dalam pada itu, menurut laporan Sports DongA, Nichkhun dan Chansung sudah pun menyempurnakan penggambaran mereka sebagai penampilan istimewa.

Kemunculan Nichkhun dan Chansung dalam drama tersebut adalah sebagai tanda memberikan sokongan kepada rakan sekumpulannya iaitu Taecyeon yang membawakan watak sebagai Jang Joon Woo.

Selain Taecyeon, Vincenzo turut dibintangi oleh pelakon popular Korea, Song Joong Ki sebagai watak utama.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu