Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK hadir ke bagi mengadakan konsert BLACKPINK Born Pink World Tour in Kuala Lumpur.

Jadi sebagai peminat sudah pasti Blinks mempunyai cara tersendiri untuk mengambil mood konsert yang bakal berlangsung pada 4 Mac ini dengan cara memeriahkan acara OREO X BLACKPINK.

OREO telah berkolaborasi bersama BLACKPINK dengan melancarkan biskut OREO edisi istimewa BLACKPINK.

Apa yang menariknya, dalam setiap pek OREO terdapat satu photocard anggota BLACKPINK yang boleh dikumpul oleh peminat dengan setiap pembelian. Bestkan?

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara OREO X BLACKPINK antaranya booth Twist, photobooth untuk bergambar, Dunk dan juga Ice Cream.

Selain itu acara tarian juga turut dipersembahkan kepada peminat yang hadir antara lagu yang dimainkan adalah Pink Venom, How You Like That dan Ddu DDU Ddu.

Apa lagi yang boleh dikatakan memang acara OREO X BLACKPINK sukses!

BLACKPINK BORN PINK World Tour in Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2023.

Terdahulu, BLACKPINK yang dianggotai Jennie, Lisa, Jisoo dan Rosé dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac 2023.

BLACKPINK telah memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.