Anugerah Grammy 2021 yang akan berlangsung pada Isnin depan bakal menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan K-Pop terkenal BTS.

Menariknya, persembahan BTS di pentas Grammy tahun ini merupakan kali pertama mereka melakukan persembahan secara bersendirian.

BTS juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama tercalon di Anugerah Grammy.

Selain BTS, antara nama-nama besar yang akan membuat persembahan adalah Taylor Swift, Billie Eilish, Dua Lipa, Megan Thee Stallion, Bad Bunny, Harry Styles, Cardi B, Post Malone, John Mayer, Doja Cat, Miranda Lambert, Chris Martin, Lil Baby, Roddy Ricch, Black Pumas, DaBaby, Brandi Carlile, dan ramai lagi.

Dalam pada itu, selebriti yang menerima pencalonan dalam Anugerah Grammy ini juga bukan calang-calang.

Figura popular yang tercalon adalah seperti Beyoncé, Taylor Swift, Dua Lipa, Roddy Ricch, Jhené Aiko, Post Malone, Renée Zellweger, Billie Eilish and Finneas O'Connell, The Strokes, Megan Thee Stallion dan Harry Styles.

Malah BTS atau nama penuhnya Bangtan Sonyeondan ini juga tercalon bagi kategori Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik menerusi single Inggeris pertama mereka berjudul Dynamite.

Jangan lupa saksikan Anugerah Grammy 2021 secara langsung pada 15 Mac, jam 8:00 pagi di FOXlife (saluran 703 HD / 723) manakala siaran ulangan pula pada jam 8:00 malam.

Untuk platform digital, Anugerah Grammy 2021 boleh distrim menerusi On Demand STB dan Astro GO.