Seperti sedia maklum, tirai konsert pertama Big Stage 5 telah pun dibuka minggu lalu dan antara bintang yang mendapat perhatian adalah Hoondoo iaitu duo dari Korea Selatan.

Selain mendapat markah tertinggi sebanyak 81%, Hoondoo juga turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Menariknya anugerah ini merupakan pilihan juri-juri profesional.

Pasti ramai yang belum mengenali bintang duo ini kan? Jadi di sini Gempak kongsikan sedikit trivia mengenai Hoondoo.

#1 Dianggotai oleh Lee Seunghoon (Hoon) dan Doo Jinsoo (Doo).

#2 Hoon banyak terlibat dengan pelbagai pertandingan dan rancangan di Korea seperti Immortal Song dan Fantastic Duo.

#3 Doo pula merupakan komposer untuk title song Super Junior Sungmin dan U-Kiss Jun.

#4 Kedua-dua duo ini sangat terkenal dengan lagu cover Bahasa Melayu di Malaysia.

#5 Untuk pengetahuan, Aina Abdul merupakan penyanyi yang membuatkan Hoondoo jatuh cinta dengan lagu Melayu.

#6 Hoondoo juga pernah menyanyikan lagu Kesetiaan (Siti Sarah), Hutang (Floor88), Gundah (Ernie Zakri), dan Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

#7 Hoondo boleh memahami percakapan Bahasa Melayu cuma untuk bertutur mereka masih dalam proses pembelajaran.

Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Bintang yang bersaing dalam Big Stage 5 adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.

Manakala bintang luar negara pula adalah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).