Artis Korea
BTS Boyband Korea Pertama Lakar Sejarah, MV DNA Catat 1 Bilion Tontonan
Kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS melakarkan sejarah tersendiri apabila video muzik lagu berjudul DNA mencecah 1 bilion tontonan di YouTube semalam.
Jumlah itu sekaligus menjadikan BTS sebagai boyband Korea pertama yang mempunyai rekod tersebut.
Video muzik berkenaan telah dilancarkan pada 18 September 2017 dan ini bermakna DNA hanya mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai 1 bilion tontonan.
Selain BTS, video muzik lain yang berjaya mencecah jumlah tersebut adalah penyanyi PSY (Gangnam Style dan Gentleman) serta BLACKPINK (Ddu Ddu Ddu).
Terdahulu, DNA juga pernah mencatatkan rekod video muzik yang paling banyak menerima komen di YouTube iaitu sebanyak lebih 5 juta komen.
Dalam perkembangan terbaru BTS sedang membuat persiapan untuk mengadakan konsert secara atas talian.
Bang Bang Con The Live dijadualkan berlangsung pada 14 Jun depan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video