Sempena meraikan ulang tahun ke-25, Google mengeluarkan data ‘apa yang selalu dicari pengguna’ menerusi mesin pencarian mereka sepanjang memberi ‘khidmat’ kepada masyarakat.

Menerusi data yang dikongsikan dalam bentuk video termasuk mengikut trend global dan perspektif masyarakat, BTS menjadi kumpulan lelaki paling banyak dicari di Google beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sejak 25 tahun kebelakangan ini, ini adalah momen paling banyak dicari di Google,” kongsi Google menerusi cuitan di X, lapor Koreaboo.

Dan BTS menjadi kumpulan lelaki paling banyak dicari di Google sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan secara terperinci mengenai jumlah pencarian BTS di Google.


Untuk rekod, BTS sudah tidak aktif melakukan persembahan atau konsert sejak Jun 2022. Kini ketujuh-tujuh anggota BTS telah memulakan tanggungjawab dengan memasuki pasukan tentera yang menjadi kewajipan buat semua lelaki dan rakyat Korea Selatan.

Dua anggota terakhir yang baru menyertai kem adalah Jimin dan Jungkook. Mereka menyertai rakan BTS yang lain termasuk Jin yang menjadi anggota pertama meninggalkan sementara dunia hiburan diikuti J-Hope, Suga, V dan RM.